Peringatan buat semua !

by - Ahad, September 05, 2010

Menurut sumber yang sangat boleh aku percayai , cara pengoperasian perompak telah bertukar ! Mereka sekarang ni menggunakan bayi .. Penyangak berkenaan akan meletakkan bayi di depan rumah anda dan menunggu penghuni rumah keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku .. Kemudian , mereka akan segera bertindak !

Cara ini diguna pakai di sekitar ibu negara sekarang ini .. Sila ambil perhatian .. jika benar ada bayi di depan rumah anda .. jgn keluar terus .. pastikan terlebih dahulu dan buat laporan polis .. jgn memandai mandai keluar terus .. kalau kena awak berseorangan ? tak ke kes haru ..

Manakala jika terdengar bayi menangis tengah malam buta di depan rumah anda , huhuh... sila jengok ikut tingkap .. dikhuatiri bukan bayi .. hehehe...

Sila ambil berat amaran ini yer .. kes jenayah semakin menjadi jadi kebelakangan ini walaupun pihak berkuasa telah melipatgandakan usaha mereka .. Terima kasih PDRM ..

You May Also Like

1 comments

  1. wah, macam2 cara kepala hotak diaorg yang ligat magat ni yer? penuh jer alasan2 konkrit

    BalasPadam