Seronok eh ..

by - Selasa, September 07, 2010

Esok hari terakhir aku kerja .. Aku pon dah mohon untuk amik setengah hari .. nak g periksa kereta sebagai persediaan akhir untuk berjalan jauh .. Bahaya kan kalau kereta dalam keadaan tidak bersedia ..

Berbeza sungguh balik kampung bila guna bas .. awal awal lagi dah kena tunggu kat hentian .. Buat masa sekarang ni hentian bas terutama di Hentian Putra masih belum selesa .. Ruang menunggu di dalam , kecil dan tempat duduk sedikit berbanding mereka yang menunggu bas .. InsyaAllah .. hentian bas di Bandar Tasik Selatan akan siap sepenuhnya tidak lama lagi .. Keselesaan akan lebih ketika itu .. nak tunggu 10 jam pon ok jer kan ? hehehe.. kenapa aku kata gitu ? korang tngok sendiri gambarnya nanti eh ..

Gambar di bawah ni saat aku mula berblogging .. erk .. Stesen ni baru naik .. 7/10/2009 ..

Manakala ni adalah yang terbaru .. Amacam ?? 7/9/2010 )


Untuk ke sini ada 4 cara .. Melalui jalan raya , lrt , erl dan juga komuter ... Senang kan ?

InsyaAllah .. selepas ni pengguna akan lebih selesa .. Di Hentian Pudu Raya pon , pengubahsuaian sedang giat dijalankan ... Tak de la rakyat Malaysia nak hidu asap lagi kan .. hehe.. Cuma , pandai pandai laaaa jaga semua ni .. Kang ada mangkuk berayun asik nak rosakkan segala kemudahan yang ada .. huh !

You May Also Like

0 comments