Takde idea laa nak update blog ..

by - Rabu, September 08, 2010

Anda seorang blogger ? Apakah isi kandungan blog anda ? Cerita tentang diri anda ? Atau sebaliknya ? Ok .. ni khas tips untuk mereka yang gemar membebel tanpa henti di blog ..

Bila membebel .. pastikan setiap satu perenggan tidak lebih dari 5 baris .. Buat perenggan .. Kalau satu perenggan terlalu panjang lebar , aku khuatir mata pembaca jadi juling .. Dah la warna blog berwarna warni kan ditmbah terlalu berjela lak bebelannya .. Maka amik inisiatif untuk buat perenggan yg mudah ...

Tips untuk idea .. Sediakan notepad dan pensil dalam beg .. Setiap perbualan anda dengan rakan pastinya boleh memberi idea .. Contoh yer .. " Aku hairan la lelaki sekarang ni .. Bila bercinta , asik nak pegang tangan je.. bila dah kawin , tangan asik nak letak dalam poket.. tangan kita ni dibiar " .. Maka jadikan la entri ... Entri pertanyaan buat lelaki dan juga pendapat sebagai wanita .. Ataupun " Aku kesian la kat kawan kita tu .. laki dia tak guna betul .. semua perbelanjaan rumah , dia yang uruskan .. laki dia ?? Sepatah haram duit pon tak bagi .. malah siap mintak lagi ! " Jangan anda menganga jer ... jadikan entri ... catit ..

Bila jalan jalan .. lebih lagi balik kampung .. Perhatikan sekeliling .. semua perkara boleh dijadikan entri .. Kenapa ? Entri itu akan dihasilkan berdasarkan pandangan anda .. cerita anda yang semestinya berbeza dengan pandangan orang lain ... Jika ada yang sama pastinya akan kata " Eh , i pon terpikir cam tu la ... " Kalau sekadar terpikir tadi tak di luahkan , tak guna jugak , bukan ??

Jadi , sapa kata susah sangat nak update blog ? Dan ini tips paling menarik sekali .. TAJUK ENTRI !! Kalau korang tulis , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , korang rasa berapa ramai akan masuk baca ??? Perlu menarik mata pembaca / pemblogwalking bila menulis tajuk .. Contoh untuk entri ucapan SELAMAT HARI RAYA ( AKU BANYAK BUAT DOSA KAT KORANG LA ) .. Mesti orang akan tertanya tanya kan .. Apa kes budak ni pulak ????

Kena bijak , kreatif dan inovatif .. Bukan asik NEGATIF ! Faham ? Kalau dah faham , ni no akaun aku.. sila masukkan duit raya !!!

You May Also Like

10 comments

  1. baru nak mintak wet raye kat en. ben..
    hee~

    BalasPadam
  2. i bz la ben, nak menulis pun x sempat. ni baru dok update balik blog i. anyway, tq letak link blog i kt blog u. byk membantu. selamat hari raya. maaf zahir batin.

    BalasPadam
  3. kdg2 tu nak fikir tajuk entri pun jenuh jugak.haha:D


    Terima Kasih Nuffnang : Respons Helpdesk Nuffnang

    BalasPadam
  4. selamat hari raya ..maaf zahir dan batin..jangan lupa gua bile makan bebanyak..hahaha

    BalasPadam
  5. wah.... tq for the info..
    blog baru cam blog sy ni...
    me slalu rujuk blog abg ben for info...

    http://nuritazakaria.blogspot.com

    BalasPadam
  6. abg ben, kampung kat mana?

    dah balik kg ke?

    BalasPadam
  7. @nabil_potter

    hehe..balik... esok pagi.. umah wife kat kelate nun..

    BalasPadam
  8. betol!! awe setuju..setiap benda adalah n3..hehehehe

    BalasPadam