Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 16 Mac 2012

Filem Korea : My Way

 

Poster My Way

Khabarnya filem aksi perang ini setaraf filem Hollywood dan paling mahal bakal ditayangkan di Malaysia setelah mendapat box office di Korea.

Filem yang menelan kos sebanyak 28 bilion won ini (24.92 million USD), ‘My Way’ merupakan filem pertama Korea yang memaparkan insiden perang dunia kedua. Melalui arahan pengarah tersohor yang mula menempah nama di dunia Hollywood, Kang Je-kyu, hasil filem ini tidak perlu diragui. Kang yang menjadi pemangkin kepada industri filem Korea pernah mencipta sejarahnya tersendiri apabila berjaya mencatat penonton sebanyak 10 juta orang untuk filem arahan terdahulunya, ‘Tae Guk Gi: The Brotherhood of War.

Filem ‘My Way’ ini telah mengambil masa penggambaran selama 156 hari dengan menggunakan kamera berteknologi canggih serta binaan set dan props untuk menampakkan keadaan seakan-akan sama seperti zaman perang dunia kedua. Kang sendiri mengambil masa 3 tahun untuk menghasilkan skrip ‘My Way’ ini berdasarkan penyelidikkan mendalam mengenai sejarah perang dunia kedua yang melibatkan insiden Nomanhan, peperangan tentera Soviet dengan tentera German serta peperangan di Normandy, Perancis. Namun, paling istimewanya, cetusan idea filem ini sebenarnya berasal dari hanya sekeping gambar. Gambar di bawah simpanan arkib negara Amerika Syarikat itu didedahkan menerusi program dokumentari Korea yang ditonton oleh Kang di mana ia memaparkan imej seorang tentera berwajah Asia berdiri dikalangan tentera-tentera Jerman. Siapakah lelaki itu? Menurut sejarah, lelaki itulah satu-satunya tawanan perang berketurunan Asia yang terselamat selepas menempuh tiga insiden perang yang dahsyat.

Berasaskan gambar tersebut, Kang mencipta karyanya tersendiri melalui kisah dua watak utama yang masing-masing berasal dari Korea dan Jepun. Dua pemuda ini mengejar cita-cita yang sama iaitu ingin menjadi jaguh maraton. Namun pertemuan mereka berdua ini telah bermula dengan permusuhan dan ianya bertambah konflik apabila kedua-duanya bertempur di medan peperangan dunia kedua. Permusuhan akhirnya mulai suram dengan perlahan-lahan apabila mereka semakin mengenali di antara satu sama lain sepanjang perjalanan mereka menempuhi alam peperangan.

Cerita yang berdasarkan kisah benar ini juga telah mempertaruhkan tiga bintang terkenal dari tiga negara, Jang Dong-Sun (Korea), Joe Odagiri (Jepun) dan Fan Bing Bing (China). Pemuda Korea yang amat popular menerusi drama-drama bersiri Korea yang pernah ditayangkan di Malaysia memang tidak asing lagi pada peminat cerita Korea di Malaysia. Joe Odagiri pula walaupun berasal dari Jepun telah membina namanya sendiri di Korea dan amat digilai remaja-remaja Korea kerana wajah tampannya. Seangkatan dengan Gong Li dan Zhang Ziyi, pembawa peranan filem Bodyguards and Assassins, Fan Bing Bing perlu diakui kemantapan lakonannya menerusi ‘My Way’ ini.

low_AAB_0956

 

 

Sinopsis filem My Way :

Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.

Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon. Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu.

Jangan lupa saksikan di pawagam berhampiran anda nanti ..

8 komen :

logorithm berkata... [Reply to comment]

I dah tengok filem Tae Guk Gi. Memang best!

My Way pasti tidak akan mengecewakan jugak.


Terbaru dari Logokoko:

[13SX] Raba opismate

[U] Gambar anjing tembus pagar

[18SX] Isteri curang DEMI suami tercinta

Eera Shera berkata... [Reply to comment]

best ni ^^

K O R I E berkata... [Reply to comment]

Mmg xsabar nk tengok !
dh mcm Pearl harbor la plak .

El-Janna berkata... [Reply to comment]

wah.. filem aksi2 ni la best nak tgk.. xsabar nk tgok ni^^

El-Janna berkata... [Reply to comment]

wah.. filem aksi2 ni la best nak tgk.. xsabar nk tgok ni^^

Aien Nia berkata... [Reply to comment]

wahh menarik ..Rase macam nak tengok

cik faye berkata... [Reply to comment]

salam...macam best je cerita ni.
tae guk gi tu tak sanggup nak tengok sampai habis sebab sedih tgk abang & adik tu...akan ajak my soldier utk pergi tgk...bilalah agaknya citer askar2 Msia nak setanding dgn korea???

Wani berkata... [Reply to comment]

Waaah.. Bunyi mcm gempak. Nk jugak preview ni. InsyaAllah klu tak susah sy tgk ni. Klu ayh sy, dia suka ar tgk crite perang2 mcm ni.

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI