Iklan Luna Maya diharamkan ?

by - Sabtu, Mac 03, 2012

 

Sebuah iklan penyembur badan lelaki yang dilakonkan oleh selebriti terkenal Indonesia, Luna Maya, Uli Auliani, Marissa Nasution dan Chantal Della Concetta mungkin berhadapan dengan pelarangan tayangan di kaca televisyen kerana aksi seksi yang ditampilkan.

Dipetik daripada detikHot, iklan berdurasi satu minit 19 saat yang hanya boleh ditonton di internet ini dikatakan mampu menimbulkan kontroversi sekiranya ia ditayangkan di televisyen.

"Sememangnya iklan yang dibuat untuk internet kerana takut ia kelihatan sangat seksi," ujar Ocke yang merupakan 'lelaki bertuah' menggunakan penyembur badan tersebut.

Dalam iklan itu, keempat-empat selebriti wanita itu menjelma sebagai 'malaikat' yang tergoda dengan haruman penyembur badan yang digunakan oleh seorang jejaka (Ocke).

Ia dimulakan dengan Uli Auliani tampil dengan pakaian seksi dan mengenakan sayap menarik selimut dan merangkak ke tubuh badan Ocke, diikuti dengan Marissa yang turut tergoda.

Selepas itu, Chantal muncul dengan membawa minum dan buah ceri. Ketiga-tiga 'malaikat' tersebut dilihat bergelak ketawa sambil berlawan bantal dan diperhatikan oleh jejaka itu.

Klimaks iklan ini dapat disaksikan dengan kemunculan Luna Maya yang tampil seksi dan berambut pendek sambil memegang span penuh dengan buih sabun. – Yahoo

 

Bagi aku la kan .. Iklan AXE ni mmg dari dulu seksi kan ? Camana leh masuk tv pon tak tau la.. Mungkin ada yang fikir aku ni kolot atau mengarut punya pendapat .. Apa nak buat kan ? Dengan adanya manusia kolot seperti aku ni la , masih ada manusia nak berpakaian atas muka bumi ni ha .. kan kan ?

Mana pihak penapis iklan ? OK ke iklan AXE ni ? Ops .. kalau dah keluar tv tu , ok la kan ? Kalau tak ok , mesti dah kena banned .. lupa lak aku ..

Aku cuma rakyat biasa ..

You May Also Like

1 comments