Bahaya dedahkan lokasi diri ?

by - Khamis, Januari 23, 2014

 

Er .. kenapa nak bahaya ? Mereka kata Malaysia antara negara yang aman di dunia. Tiada perang .. Makan cukup.. Segalanya dalam keadaan terkawal termasuklah harga barang .. Apa yang berlaku adalah kerana salah kita .. ‘Depa’ kata laaa

Photo: Qhaliff di Taska Arina , Presint 9 .. Putrajaya.

Hari dalam sejarah .. Aku bawak Qhaliff saja saja ‘bersosial’ dengan rakan rakan yang hampir sebaya dengannya di Taska Arina , Putrajaya.

Saja jugak aku memerhati bagaimana anak anak kecil ini berinteraksi sesama mereka.. Bukan mudah untuk kendalikan mereka ni.. Perlu ada kesabaran dan juga skill. Minda dan fizikal perlu stabil . Kalau tak , mmg boleh tergugat emosi wooo..

Alhamdulillah .. aku tengok cikgu cikgu di sini ok ok belaka.. Walaupun ada yang agak nakal tapi bagi aku , tu biasa la.. Budak budak.. Qhaliff pon agak nakal gak .. hahaha.. Budak aktif.. gitu laa.. Nakal mereka , masih boleh didik.

Qhaliff yang belum masih 2 tahun tapi aku nak tengok dia berinteraksi dengan rakan rakan yang jauh tua dari dia.. Er , 3 tahun … Hehehe.. cuba gak dia nak masuk tapi kekurangnya ialah dia masih dok cakap jerman ..

Aku di situ dalam 40 minit gitu je.. Tamo kacau cikgu cikgu mengajar kat situ .. Pastu terus balik ke Cheras..

Hurmm.. Ada rakan memberi pendapat bahawa bahaya mendedahkan di mana anak belajar di FACEBOOK.Benar katanya tu . Sememangnya aku takkan dedahkan di mana dia belajar nanti.. Tapi rasanya, itu adalah perkara mustahil.. Apa pun , kita kena berhati hati.. Jangan terlalu leka atau rasa selamat walaupun berada di dalam rumah sendiri..

Photo: Penat gi sekolah ..

Dalam kereta , dia tidur dah.. penat sangat belajar melukis ! Hahahha.. Terima kasih Arina , pemilik Taska Arina kerana membenarkan Qhaliff singgah di sana tadi ..

You May Also Like

7 comments

  1. kat mana2 pun dah tak selamat even dalam rumah sendiri pun.. apa yang mampu memohon perlindungan dari Allah jer.. Yang lain2 cuba la protect diri sendiri. salah satu cara tidak mendedahkan lokasi kita berada..

    BalasPadam
  2. wah seronoknya budak comel ni jumpa kawan2... ^_^

    BalasPadam
  3. Hehehe penatnyerr dia ..
    Mesti seronok sebab dpt ramai kawan

    BalasPadam
  4. setuju...jenayah dalam Malaysia ni dah melampau2 dah rasanya...hari2 walau duduk dalam rumah rasa memang x selamat...

    BalasPadam
  5. Pandai Qaliff ckp bhs jerman yer? Heehe

    BalasPadam
  6. betul tu.. jangan terlalu mendedahkan hal tentang di di laman sosial atau dimana2 kan.. kadang2.. manusia yang baik pun akan jadi jahat kalau terdesak.. mintak dijauhkan..

    BalasPadam
  7. BKN KAT FACEBOOK JE BAHAYE BRO....TREND SKRG BL G MN2 MESTI CEHCK IN(FOURSQUARE) YG LELAKI XPE LG YG PEREMPUAN 2 DUK CHECK IN BAGAI DAH LA DUK SRG2 G CHECK LAK 2 X KE BAHAYE DEDAHKAN LOKASI TPT YG DIA BERADA ISY3X!!!!! PK SEBELUM TERKENA

    BalasPadam