Restoran Cerana , Cheras .

by - Ahad, Januari 19, 2014

 

Kali ketiga aku ke sini.. Aku ke sini pon memula dulu sebab kenal owner dia. Turun gym sekejap kat tempat aku dok workout. Pastu hilang entah ke mana tah .. hahaha..

Ok .. kali kedua , gi meraikan harijadi ayah aku .. Tak silap aku la.. Lama dahh .. Pastu , hari ni .. kali ketiga. Ayah aku suka gi sini.. Katanya selesa .. hehe.. Selesakah ?

Memula , bagi aku kalau nak gi satu satu restoran tu .. aku utamakan ruang solat.. Di mana letaknya surau dan diikui tandas. Kedua dua ni kalau terjaga , inshaAllah makanan di dalam restoran juga terjaga kebersihannya..

Surau .. bersih ! Malah lebih bersih dari surau yang terletak di shopping terkemuka di Malaysia.. Tandasnya pon bersih , aku rasa.. Aku tak masuk pon tapi bapak aku masuk. Aku tengok dia masuk..  Kalau dia masuk kemudian keluar dengan muka tak bersalah .. bermakna tandasnya ok.. Memilih gak dia .. cam aku gak.. Rela tahan kalau tak bersih ! Hehehe..

Suasananya , mmg best laa .. Seolah olah makan atas tasik atau tepi sungai..

Er , siap ada persembahan nyanyian lagi.. Hehehehe…

Makanan ? Aku tak de apa nak komplen.. Bagi aku , mmg sedap ! Menepati selera aku. Cuma part harga tu , aku tak tau sangat sbb adik perempuan aku belanja.. hehehehe .. Dia yg open table.. hehe.. Terima kasihhhh ..

Lokasinya ? Haaa.. Senang jer.. Set kan GPS korang ke Maktab Polis Cheras , Taman Connaugh .. Kat seberang tu korang leh nampak Stesen Petronas.. Haa.. Situ je laaa ..ehhehe.. Oh ya, dia bukak malam jer.. Siang diorang  tidur.. hehe.. gurau ..

Kalau rasa nak datang , sila telefon dulu Restoran Cerana .. risau takde tempat je nanti ..

You May Also Like

2 comments

  1. Macam menarik je! Nak terjah InsyaAllah one fine day.

    BalasPadam
  2. Emm..menarik sangat ni..romantik tempatnya...boleh masuk list...hehe

    BalasPadam