Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 18 Januari 2016

Semalam di The Zenith Hotel , Kuantan.

Lama aku tak review hotel.. Hehehe.. Maka Sabtu lepas , sejurus selesai majlis merisik di Pekan, Pahang terus aku ajak wife duduk semalam di Kuantan. Aku lom sempat jelajah Kuantan sebenarnya lagi.. hehehe.. Teringin nak abiskan dalam 2 malam di Kuantan tapi apakan daya.. masih belum berkesempatan..

Hurmm.. Persoalannya , nak menginap di mana ? Hotel apa yang best ? Arghhhh... Dalam masa 10 minit , aku perlu buat keputusan sebelum wife berubah fikiran ! Hurmm.. Terus aku google . Nak guna Agoda atau Tripadvisor , Internet sedang menunjukkan signal EDGE ! Maklumlah , di tepi jalan.. Tiga kereta lagi , sedang menanti keputusan kitorang.. Diorang ikut je .. Takde masalah.

Ada dua.. Swiss Garden dan The Zenith Hotel ! Aku tengok gambar.. Hurmm.. The Zenith Hotel ni nampak cun pulak ! Reka bentuk dia memang moden giler ! Harapnya harga semalam pon mampu bayar la.. hahaha.. Kang ada mampu tengok je .. Huhuhuh.. 

Apakah serupa seperti di dalam gambar ?



Tengok info.. cari no tel. Dapat dan buat panggilan terus ! Tanya itu ini dan keputusan dibuat ! Jom menghala ke The Zenith Hotel !


Sila setkan Waze memasing ke The Zenith Hotel , Kuantan.



Sampai je di satu simpang.. nampak dah hotel tu dari jauh ! Mesti 'diorang' tak percaya punya yang mana mereka akan menginap semalam di sini ! 5 bintang tuuuuu ! 


Fuh.. aku pun kagum gak sebenarnya tengok rupa bentuk hotel ni. Aku snediri tak percaya akan ngidap semalam di sini.. Hahahaha.. Bukanlah tak pernah duduk di hotel 5 atau 7 bintang sebelum ni tapi yang ni , berbayar.. Biasa free.. hahaha.. Berbeza okkkk ! 

Dan akhirnya sampai di ruang legar hotel. Wife selesaikan urusan check in. Aku turunkan barang barang dan parking.. Aku saja tanya macam macam soalan dengan kakitangan hotel termasuk pengawal keselamatan. Mereka melayan dengan begitu baik sekali ! Fuh.. Dasatt.. Walaupun aku kelihatan seperti pengemis ketika tu.. hehehehe .. mereka tetap melayan dengan ok sangat ! 


Ruang legar hotel yang luas dan selesa mata memandang.. Bersih. Bau pun wangi jer.. Heheheh.. Tetiba teringat kat Hard Rock Hotel , Penang.. Ini barulah hotel ! Hehehehe .. Tak sabar nak tengok bilik ! 

Dan bilik kitorang di tingkat 11.. Bilik untuk family.. hehehe.. Kira suite laaa... Besar skit... Ramai leh masuk.. hahaha .. 

Apakah ok ??? Hurmmm.. Bilik ok.. Internet ok..   Bilik air ok.. Katil ok.. Serba serbi , ok la.. aku takde apa nak komplen ! Aku tak sempat nak amik gambar sebab Qhaliff and The Geng dan bantai huru harakan bilik ! Hahahaha.. 

Bagusnya lokasi hotel ni ialah berdekatan sangat dengan ECM..East Coast Mall ! Syiok shopping wooo ! Pastu malam , nak ke Teluk Cempedak pon dekat.. Atau malas nak keluar , boleh je g kedai makan berhampiran. 

Aku sempat gi tengok gym dan kids room.. Ok laa.. Gym mmg cun ! Kids room pon ok.. Kolam renang , memang standard punya la.. Bukan taman tema punya laa.. hehehe.. Keseluruhan , mmg ok sangat ! Cuma aku tak sempat turun brekfast jer. .Wife yang turun bersama keluarganya.. Katanya , ok.. 

Alhamdulillah.. semua berpuashati menginap di sini.. InshaAllah , aku akan kembali untuk buat review betul betul kat sini.. heheheh.. 


Segala info yang korang perlukan , boleh tengok di THE ZENITH HOTEL , KUANTAN ini.. 

6 komen :

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

Harga nya cam ne abg Ben? hihi leh jugak terjah kalu ke Kuantan..

Nurul Syuhaida Mustafa berkata... [Reply to comment]

Betul pun..kadang-kadang tak sempat nak ambil gambar bilik hotel (kot-kot nak buat entry pasal hotel), anak-anak dah huru harakan bilik

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

rindunya nak pegi lagi. swimming pool pun ok.. bes sgt2 hotel ni

Emarieys berkata... [Reply to comment]

lama tak pergi kuantan ni..tempat study ni... banyak dah perubahan bandar kuantan skrg.

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah...

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Belum pernah sampai Kuantan,kalau pergi boleh la ke hotel ini..tq for sharing Ben..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI