Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 15 Mac 2016

Aku terperangkap dengan mereka akhirnya !

 

Aku dok pikir.. Camana aku nak larikan diri dari mereka. Aku nak gi gym ! Dah terlebih makan semalam ni ! Adehhhh… Nak tak nak , aku perlu bakar sebanyak mungkin kalori yang ada dalam tubuh badan aku ! Atau.. aku akan kembali malas !

Aku dah pandang wife. Wife kasi green light kat aku tapi masalahnya Qhaliff dan Zahra. Masing masing mengikuti rapat aku. Aku bangun.. pura pura ke bilik air.. Zahra turut bangun . Walhal dia dok tengok tv masa tu.

Bila aku keluar dari bilik air , Zahra dok bermain dengan permainan yang ada di depan bilik air ! Huhh.. ingatkan dia blah ke ruang tamu. Rupanya dia tunggu ! Dan baru selangkah nak ke ruang tamu , Qhaliff dah menuju ke aku..

“ Nak ikut… g gym ! “ . Aku batalkan niat aku.. Aku naik atas.. nak bersenam kat atas jer .. Dan dua dua ikut..

image

Arghh.. aku kembali turun ke bawah. Dan wife memandang aku. Aku tahu dah apa dia nak sampaikan..

“ Nak makan malam apa ? Abang nak kuar g beli.. tapi lewat skit la sampainya makanan.. Nak naik gym jap.. “. Tanya aku.

Belum abis cakap, Qhaliff dan Zahra dah menuju ke pintu ! Hahahaha.. Dua dua standby nak keluar. Huhhhh.. Camana ni ? Adehh..

Dan akhirnya.. aku batalkan segala niat aku..

“ Dahhh.. g bersiap ! Jom g Putrajaya.. Tengok belon.. “. Semua menjerit kegembiraan termasuk wife ! Adehhhh…

3 komen :

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Hahahhahhaaha lawakkk....mcm tu lah kami buat dekat walid...kalau dengar suami keje weekend mulut muncung...dengar pi jalan2 haaaaaaaaaaaaa dia punya seronok mcm apa je...hahhaha kelakar anak2 ben tu...dah faham taktik si ayah hehe

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Abg ben kena cuba strategi barulah...hihi...ops gym 2016..

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata... [Reply to comment]

hahahha...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI