Minggu yang mendukacitakan..

 

Minggu lepas.. 3 berita mendukacitakan aku terima.. melibatkan keluarga aku dan juga sahabat handai. Dan ketiga tiga melibatkan orang tersayang.

Yang pertama , pemergian mak saudara aku yang berada di Pulau Pinang. Arwah juga adik kepada ayah aku. Hurmm… Yang kedua , ibu kepada rakan sepermainan sewaktu kecil dan yang ketiga , ibu kepada kenalan blogger.

Hari yang panas , tapi mendung di dalam hati ! Semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang orang yang beriman. Alhamdulillah , mereka pergi di kala anak anak sudah membesar. Ada yang sudah punya cucu.

Memandang Zahra dan Qhaliff.. Apakah aku sempat melihat mereka membesar dan juga punya anak nanti ?

image

image

Hurm….Begitulah kehidupan.. Bila tiba masanya , tak kira usia… kita akan pergi juga ! Ada yang terlupa.. Hidup seolah olah tiada penghujungnya.. Sakan enjoy ! Semoga aku tak tergolong dalam manusia gitu.. Huhuh..

2 ulasan:

  1. hari ni dapat perkhabaran anak perempuan hafiz rahim telah kembali kerahmatullah..

    BalasPadam
  2. hari demi hari...fikir nasib kita mati bagaimana...harap Allah permudahkan

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.