Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 28 Mac 2016

Patut OLA BOLA best !

 

Semalam , aku berpeluang menonton 3 movie sekali gus.. Ola Bola , Bravo 5 dan Jejak Warrior.

image image image

Ketiga tiga filem ni memang best untuk ditonton tapi sayangnya , Ola Bola memang patut dapat pujian dan kutipan box office ! Bravo 5 , boleh nampak macam filem Survivor.. Aku terpinga pinga tak paham… Babak tak patut ada pon ,dia selitkan.. buat apa ? Adehh.. Walhal , Bravo 5 boleh dibuat jauh lebih bagus bila adanya kerjasama dari pihak kerajaan dan juga tentera.

Jejak Warriors.. Aku rasa filem ni boleh dikembangkan lagi.. Ada cerita tapi macam.. hurmmm… Selayaknya main kat cerekarama jer kalau jalan ceritanya seperti yang aku tonton. Bukan tak bagus tapi ..biasa sangat ! Haaa..

Ola Bola ? Patut ada yang mengalir airmata.. Patutlah ada yang ulang tengok .. Jalan cerita mantap. Ada cerita. Kesinambungan yang menarik. Semangat negaraku begitu meluap bila menonton filem ni..

Walaubagaimana pun.. ketiga tiga filem ni mmg ok bagi aku. Takde la meleret dengan cinta cinta gituuu.. Sekurangnya , terhibur bila menonton dan tak meluat melihat aksi aksi mengarut.. seperti bomoh dan adegan tayang badan….

11 komen :

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

kata dah ola bola best, tak caye... :p

Ked berkata... [Reply to comment]

Sama laa abg ben. Baru berkesempatan tengok Ola Bola. Tu pun kat astro first sebab nak bagi family tengok sekali. Memang terbaikkkk. Rasa nak nangis bila air mata reporter tu berlinang masa sebut nama Tauke. Huhuu

Ked berkata... [Reply to comment]

Sama laa abg ben. Baru berkesempatan tengok Ola Bola. Tu pun kat astro first sebab nak bagi family tengok sekali. Memang terbaikkkk. Rasa nak nangis bila air mata reporter tu berlinang masa sebut nama Tauke. Huhuu

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Ahmad Afiq berkata... [Reply to comment]

Tak tengok lagi cerita ni. huhu

aswaleyla berkata... [Reply to comment]

bravo 5 best.ola bola n jejak warrior belum tgk

Nurulhuda Abdul Latip berkata... [Reply to comment]

Betul tu Ola bola memang best! Saya beli kat astro first macam nak beli lagi je rasanya, macam tak puas nak nengok, semangat rasanya lagi2 bila berbilang kaum yang berlakon dalam filem tu..

Alia Ali Ahmad berkata... [Reply to comment]

Ola bola memang best sangat..

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

dah tengok cerita bravo 5..cerita dia macam kurang menyengat..ayah mertua saya komando sg udang..dia gelak je tengok movie tu. adoi..

cerita ola bola baru je tengok. yup, cerita yang mampu menaikkan semangat orang yang menontonnya..


cerita jejak warriors tu tak tengok lagi..:)

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

yup, Ola Bola memang best. I yang tak minat bola sepak pun boleh excited masa tengok cerita tu

Zurina Hj.Zainal berkata... [Reply to comment]

Ola bola mmg best!! anak saya umur 6 tahun siap hafal lakonan diaorg kt atas padang...jadi mangsa, penyidai baju yg dijadikan gol..huhuhu...penangan Ola Bola. Lepas ni nak beli cd pulak....:)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI