Apalah nasib mu wahai anak...

by - Khamis, Januari 18, 2018

Masih ingat aku lagi.. ketika aku kecil dulu , aku menangis dalam diam. Curi curi melihat wajah ayah...ibu yang kepenatan selepas bekerja seharian. Kesian jer aku lihat mereka. Penat cari duit untuk besarkan anak anak... 

Sekarang.. giliran aku pula mencari rezeki. Melihat wajah anak anak yang masih kecik , aku menjadi kasihan pada mereka. Apalah nasib mereka andai aku pergi lebih awal ? Di zaman yang sangat berliku dan mencabar ini , sapalah yang sudi menghulur kasih sayang buat mereka ? Membesarkan mereka sebagaimana aku besarkan mereka. Masing masing sendiri sudah dipenuhi dengan tanggungjawab yang besar... ? Allau Akhbar..

Berkali nafas panjang dihela. Si isteri tanya mengapa. Mampu tersenyum saja. Jauh di dalam hati , hanya Allah saja mengetahui. Sampai bila nak begini.. Ada yang rela isi tekak sendiri menyebabkan insan lain menderita. Inilah hakikat yang perlu diterima. Realiti di zaman ni. Masing masing pentingkan diri sendiri. 

  

Mereka masih terlalu kecik untuk memahami dunia ini. Hurmm... entahlah anak. Ayah mu sendiri kadang kadang tak memahami. 

You May Also Like

6 comments

  1. semoga menjadi anak yg soleh solehah !

    BalasPadam
  2. shot zara tu memang kena lah dengan entry ni.. well done zahra.. ada potensi tu tuk jadi model. hihi

    BalasPadam
  3. Zaman mencabar adalah satu ujian hebat buat kedua tanggungjawab...sebagai parent dan sebagai si anak...maka nya setiap ibu bapa mesti ada rancangan terbaik buat mereka...langkah setiap hari dengan kesyukuran ben...ujian dan gagal itu hanya satu perkataan, bukannya titik noktah...kita gali, kita kumpul, kita bajai mereka sehabis mungkin...mana tahu satu hari nanti bila kita tiada...mereka cerita kisah usaha kita kepada anak mereka dan cucu mereka...ben pun dh cipta sejarah!

    BalasPadam
  4. Pernah jugak terfikir camni, apa nasib anak² andai kami pergi dulu. Terbelakah, haiii tak boleh bayangkan.

    BalasPadam
  5. kita ni ada tugas mencabar dlm menjaga dan mndidik mereka..

    BalasPadam