Blogger nak free je memanjang ! Aparaaaa !!!

Ada satu isu viral di luar negara dan turut viral di dalam negara. Kes di mana seorang media sosial influencer meminta sebuah hotel terkemuka di luar negara menaja penginapannya. Kemudian pihak pengurusan hotel tu membalas permintaan tu dengan cara yang tak sepatutnya. 

Hurm...isu ni menarik minat aku terutama part komentar komentar yang dilemparkan. Aku boleh je tak amik tahu tapi aku saja nak amik tahu dan memberitahu pada rakan rakan pembaca setia blog ni akan 'tanggungjawab' dan peranan blogger ni. 

Belum tahap kebulur nak semua free..

Pertamanya , blogger ni bukanlah keyboard warrior. Blogger berani tayang muka dan memberi pendapat dengan sejujur yang boleh. Kalau jujur 100% , kadang kadang naya jugak pada mereka yang terbabit seperti pihak yang mereka promosi dan juga review. Kena bijak dalam memberi pendapat supaya tidak merosakkan periuk nasi orang lain. Bukan menipu tauuu.. tapi berhemah. 

Contoh.. aku pernah bercuti sekeluarga di satu resort terkenal ni. Di situ , indah khabar dari rupa ! Dia punya viral , perghh... kata tempat tu best. Tapi bila gi sana.. kebersihan pon tak terurus. Maka aku pun tulis dalam blog. Rasa tertipu dan membazir duit jer. Tak sangka pulak mereka baca dan beri komen. Dan komen komen dari pembaca sebelum tu pun bersetuju dengan pendapat aku. Selepas dapat respon, aku delete entri aku tu. Kesian juga. 

Pernah juga dapat jemputan tonton filem. 5 minit aku dalam panggung , aku dah nak terlena ! Ni cerita apa yang aku tonton ni ? Apasal teruk sangat ??? Target pengarah , RM2 juta tu ! Camana aku nak tulis dalam blog ? Nasib baik aku datang dijemput. Kalau aku bayar sendiri ? Memang kena hentam laa dalam blog ! Apa yang aku buat ialah.. aku berterus terang je ngan penerbit dan juga pihak penganjur yang aku tak boleh nak tulis mengenai filem tu di dalam blog aku. Takkan aku nak tipu pembaca aku lak kan ? Haaa... 

Aku antara blogger yang kadang kadang 'minta sponsor' dari pihak hotel atau resort. Cara aku santai jer. Aku tak tulis secara rasmi dan ikut protokol. Aku suka cara santai tapi bukan kurang ajar. Alhamdulillah , ada yang beri respon dan terima dengan baik. Ada yang tak balas. Aku anggap mungkin mesej tak diterima sebab terlalu sibuk. Positif. Takda rezeki. 

Dan cara membalasnya ialah dengan menulis di dalam blog serta membuat posting di media sosial. Kira win win di situ. Sebenarnya , boleh je bayar pon tapi risau satu jer la.. Jiwa blogger tetap ada di mana mana. Bila kita gi sebagai pelanggan , memang akan.. hurmm.. Contohnya ada sebuah hotel yang aku pergi , di bawah katilnya.. aduhhh ! Tindakan aku ialah dengan memberitahu pada pegawai yang ditugaskan bersama aku ketika tu. Kalaulah aku bayar bilik tu.. fuh , memang best la kalau diviralkan ! Tindakan diambil serta merta selepas aku maklumkan. 



Bila ditaja , semua cerita jadi best ? Tak gak... Kalau ok , maka ceritanya ok la. Kalau tak , aku takkan tulis dan post. Aku akan maklumkan pada pihak penaja dan harapkan perubahan. Jika perlu membayarnya , aku sanggup bayar semula. Gitulah cara aku. 

Hampir 10 tahun dalam bidang ni , tak dinafikan memang ada blogger yang bikin isu. Tapi bagi aku... itu semua lumrah. Dimana mana pasti akan ada blogger yang bikin isu. Nak buat camana kan ? Sapa saja boleh bergelar blogger zaman skang ni. Asalkan berani. 

InshaAllah , aku dan team blogger #KBBA9 akan tampil dengan satu kelainan tahun ni. Penaja dah ada. Kitorang akan terjah dari satu tempat ke satu tempat dan kemudiannya menulis mengenainya di dalam blog KBBA9. Positif atau kriitkan , kami akan tulis sebab kami bayar sendiri... 

Kesimpulan.. blogger adalah satu medium marketing di media sosial. Ada yang kata tak relevan dah tapi selagi wujud enjin pencari seperti Google dan Yahoo , inshaAllah.. blogger akan terus wujud. Dan mereka bukan nak free memanjang tapi sebolehnya berminat pada win win situation. Jika mampu kos promosi di media sosial , tak guna blogger pon ok dah. Guna je agensi atau buat je sendiri. Ada rezeki , meletup gak kan ? 



15 ulasan:

  1. terbaik la bro.. mne ada org brani nk terus terang.. tapi sbnrnya terus terang tu perlu.. kalo tak, kesian la kat org lain yg pegi tempat atau makan apa yg review, konon2 ok, tapi sbnrnya tak ok pon.. huhu

    BalasPadam
  2. betul.. x smua bnda nk free.. tbaik pndpt ni..

    BalasPadam
  3. Kalau semua free mcm mana dia org nak untung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan semua free.. Diorg pon mesti akan pilih. Setakat dia punya kos rm1k katakan tapi pulangan promosi di media sosial lebih dr tu. Setiap influencer tak sama followers dia dan juga auranya.

      Padam
  4. Nak byr advertising utk setahun bukan murah. Sponsor 1 bilik baru brp je dari keuntungan selagi entry psl hotel tu ada di blog.

    Mmg mempengaruhi, sbb sy hampir cancel pg ke satu hotel ni sbb katanya ada bau something, tapi bila sy pegi. Takde pun bau tu. Besar juga pengaruh blogger. Mungkin pengusaha hotel tu dah terbaca kot :)

    BalasPadam
  5. betul setuju..blogger tawar win win situation pun kira berbaloi laa

    BalasPadam
  6. Ada jugak baca pasal isu ni.. Enquire kemungkinan ada peluang utk bekerjasama tu bagi Tati tak salah pun. Lagi pun blogger tu tanya dgn cara yg elok.. To agree or to disagree on the proposed business venture tu hak masing2.. Tapi tak perlulah nak jawab dgn cara tak berhemah mcm tu kan..

    BalasPadam
  7. Betul tu, sebab dari penulisan kita akan sedikit sebanyak bantu promosikan servis mereka. Mana yang tak memuaskan dapat diperbaiki.

    BalasPadam
  8. Ada juga dengar pasal ni hari tu.. Cara Aben bagus gak.. Boleh blogger baru macam kami belajar..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.