Kempen Boikot PRU14 , perbuatan sia sia dan merugikan !


Kerja manusia tak kisah masa hadapan anak cucunya

Terbaca di Facebook, ada segolongan manusia di negara ni cuba nak menghasut rakyat Malaysia yang masih 'berdiri atas pagar' untuk tidak turun mengundi pada pilihan raya yang akan datang. Ternya 'kempen' mereka ini akan merugikan mereka sendiri. 

Inilah masanya untuk 'meluahkan' pendapat korang sebenarnya. Dulu , aku pun antara insan yang tak amik kisah semua ni ! Sapa sapa perintah bagi aku sama jer ! Tapi setelah aku memahami apa ertinya  menjadi rakyat Malaysia , barulah aku daftar dan turun mengundi. 

Nak pilih sapa ? Sama jer semua pon ! Tak boleh percaya sapa sapa pon ! Ok , kalau gitu bagi aku la kan... aku akan pilih yang mereka punya rekod bersih , takda masalah disiplin , senantiasa berjuang untuk rakyat , tiada skandal , latar belakang yang bagus dan pegangan agamanya ( jika bukan Islam , cara dia mewakili orang Islam ).

Jika kita merosakkan undi , dimanakah suara kita ? Rasa rasa apakah kita layak bersuara selepas tu ? Rasa tak puashati la... Wakil Rakyat tak buat kerja laa.. Nah , sapa suruh tak undi ? Korang rasa satu undian tak menentukan apa apa tapi bayagkan jika beribu orang buat kerja gini ! Nahhh.. sapa rugi skang? 

Tak kisah la nak undi sapa pun... tapi laksanakan tanggungjawab korang tu !  Merosakkan undi dengan sengaja adalah perbuatan manusia yang tak kisahkan masa depan dia.. biar je hidungnya dicucuk hidung ! 

Nak tunjuk protes ? Heee... Ini Malaysia...  Lama dah aku protes ! Tapi nah sekarang.. tiap minggu aku pening kepala dengan harga petrol dan tol di sana sini.. bukan saja di highway malah expressway pon ada tol ! Bukan murah woi ! 

Sekali lagi.. kalau betul nak tunjuk protes , carilah parti yang sesuai dengan jiwa korang.. bersuaralah dalam tu ! Cara yang dibuat sekarang , memberi kesan pada masa akan datang... fikirkan jika anda dah kawin , nasib anak anak... dan bakal cucu cicit... 

3 ulasan:

  1. Rugi sangat kalau tak mengundi sebab undian kita tu yang menentukan siapa pemerintah terbaik untuk negara.

    BalasPadam
  2. Saya setuju. Boikot undi hanya tindakan yang sia sia dan langkah pendek. kesannya nanti yang akan kita rasa untuk 5 tahun akan datang

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.