Mencari semangat yang hilang.....

Merenung luar jendela. Laptop di hadapan. Jari jemari , kaku. Otak , beku ! Hati , layu... Jiwa , sayu. Apa yang nak aku karang , aku pun  sendiri dah tak tau. Apa yang aku nak sampaikan , ada ke orang nak amik tahu ?

Putus asa ? Semangat dah luntur ? Apa dah jadi ? Apakah aku sudah sampai waktu ? Berundur mencari sesuatu yang baru ? Adakah aku sudah jemu ? Perlu 'recharge'kah ? Bagaimana ? Hurmm.. Apakah cuaca sekarang turut memainkan peranan ? Hurmm..

Bukan mudah jadi penulis..


Dulu mudah... Hanya ada isteri. Kemudian lahir seorang.. demi seorang. Tanggungjawab semakin besar. Ditambah lagi dengan tanggungjawab pada komuniti blogger.. beban semakin terasa. Mana satu perlu didahulukan ?  Masing masing ada keutamaan tapi pastinya keluarga adalah no satu. 

Masa untuk mengupdate blog pon semakin tiada. Nak curi masa , hujung waktu... si anak dara selalu menanti ajak tidur sekali. Selagi aku tak tutup segalanya... selagi itu dia tak tidur ! Andai dia dah tertidur , apakah aku mampu bangkit untuk kembali sambung kerja ? Pastinya tidak.. aku sendiri sudah keletihan ! Maka terlenalah aku diulit mimpi... 

Bukan mudah nak curi masa.. Uruskan anak-anak 23 jam sehari. Dapat update sekali sehari pun dah kira beruntung. Tu pun kena tunggu anak anak sibuk... atau tidur. Dan nasib baik wife bantu part part penting. Anak-anak , selagi tak tidur , selagi tu kena layan diorang... 

Kalau aku 'buang' semua ni , bermakna aku kena mulakan sesuatu yang baru. Bukan mudah ! Aku bukan muda lagi..  Hurmm... 


Kena kuatkan lagi semangat... mencari semangat yang hilang ! 

12 ulasan:

  1. sesekali unsur neGatif menyerang.Payah juga ya.. habis rosak mood.Moga aben kembali positif..

    BalasPadam
  2. Keep it up Aben, Aben sifuu ramai orang kot. Jangan stop!

    BalasPadam
  3. InsyaAllah akan Tuhan lapangkan masa..kerana niat yang baik pasti Tuhan bantu...semangat!!!!!.

    BalasPadam
  4. Sebab tu sesekali kena ada me time untuk diri sendiri. Lepak gym ke, movie ke, spa ke....

    BalasPadam
  5. Sebab tu sesekali kena ada me time untuk diri sendiri. Lepak gym ke, movie ke, spa ke....

    BalasPadam
  6. Cari si aura...pasti dia boleh bantu...huhuhu

    BalasPadam
  7. Kena kuatkan semangat dan sesekali recharge kut

    BalasPadam
  8. Kena cari aura dan semangat baru tu sebab bloglah punca pendapatan Aben. Moga terus menulis tanpa jemu ye!

    BalasPadam
  9. Penulisan cam novel entri ni Aben. Biasa laa Aben. Kadang2 rasa penat. Semoga dapat semangat yg hilang semula dan mungkin lebih bagus semangatnya dr sebelum ni.

    BalasPadam
  10. kuatkan semangat Ben. pergi vacation untuk recharge and refresh balik minda.

    BalasPadam
  11. Anggap tugas menulis ni sebagai satu JIHAD & DAKWAH...


    boh Ben menulis bukan kerana NAMA,

    Kerana sifat KASIH pada sesama INSAN...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.