Nasi Kerabu Serai Kayu di Bandar Baru Nilai , sedap dan asli !

Aku pengemar nasi kerabu. Wajib bila ke Kelantan , cari nasi kerabu. Dan destinasi pilihan aku selalunya di area Ketereh tapi sejak sejak popular tu , nampak dah menurun sedikit kesedapannya. Tu pendapat tekak aku la. 

Kat area KL ni ada banyak tapi nak jumpa yang masih tulen ni payah skit. Banyak yang dah dimodenkan dan paling penting , aku nak yang rasanya masih original dan tak berat perut ! Maksud aku tu , kalau makan sebungkus tu , tak rasa menyesal la.. Kurang minyak dan lemak. Haa... 

Ada satu yang baru buka.. Kak Laila  mesej aku di Whatsapp. Dia tau aku ngan wife minat nasi kerabu. Katanya ada satu gerai nasi kerabu baru dibuka. Seminggu dah. Kat tempat dia meniaga dulu , White Garden Food Court.  Aku apa lagi.. tanya wife , dia nak tak ? Dia kata ok jer.. Terus aku memandu ke sana ! 

Nak ke sini tak susah pun. Waze pon jumpa. Search White Garden Food Court.  Menghala ke kuaters KLIA.  Mengadap Petronas. Mereka yang tinggal sini pasti tau kat mana letaknya gerai yang aku kata ni. Kat tepi jalan jer. Senang je nampak gerai ni. Buka jam 5 pagi hingga 11 pagi.










  
 Import khas terus dari Kelantan bagi memastikan keaslian rasa

Harga... RM5 jer ! Tak kira la ayam atau daging.. sama je. Sedap ke ? Ok... aku beli dan makan kat situ sebungkus. Rasanya ? Kalau ayam tu panas panas , fuhh... memang tak cukup sebungkus ! Kalau tak panas ? Sedap gak cuma aku suka panas panas ! Hahaha.. Tak panas pon aku leh makan dua bungkus.. bayangkan kalau panas , berapa bungkus akan aku makan ? Haaaa... 


Menyelerakan. Kalau makan kat situ , ada gerai jual air kelapa kat sebelah dia.  Best la santai makan pagi kat situ terutama hujung minggu. Ditambah lagi dengan cuaca sejuk sekarang ni , layan nasi kerabu dengan ayam atau daging panas , memang sedap ar ! Yang penting , perut tak padat selepas makan nasi kerabu ni ! Tu yang aku suka tu.. maklumlah , aku dah mula jaga badan. Terpaksa bro ! Heee..

Pertanyaan dan tempahan , sila hubungi : Nasi Kerabu Serai Kayu - 010 4200 042

18 ulasan:


  1. sedapnya tengok..lapar plak
    jemput join
    Giveaway Jatuh hati dengan Mary Kay
    https://mawarbiruairlaut-bicarakudanmu.blogspot.my

    BalasPadam
  2. wooowww. meriah bahan bahan nasi kerabu.sedap nampaknya ni. warna pon memainkan peranan utk tarik pelanggan.

    BalasPadam
  3. Perghhh.... Mengancam!
    Aduduuu... Terliur nengoknya
    Huhuu

    BalasPadam
  4. Peberet nasi kerabu!! Dapnyerrrr

    BalasPadam
  5. Adoii.. kecur air liur tgk gambar nasi kerabu tu..

    BalasPadam
  6. Sedapnya nasi kerabu. Lama tak makan. Nampak menarik, murah pulak tu

    BalasPadam
  7. Adehai...menyelerakan betul!!! Terliurrrrr

    BalasPadam
  8. Ben saja tau... Dah la minat gila nasi kerabu... Haishhh

    BalasPadam
  9. Terliur tengok nasi kerabu ni. Makanan wajib makan kalau jumpa

    BalasPadam
  10. Pernah sekali je makan nasi kerabu.. Member dr kelantan ajak.. Dah lupa dah rasanya macam mana.. Huhu..

    BalasPadam
  11. dah lama tak makan nasi kerabu..fuh tengok gamabr ni..lapor pulak

    BalasPadam
  12. Sedap yer. Esok nk cari la nasi kerabu. Terliur tgk gambar nasi kerabu

    BalasPadam
  13. Wajib pergi ni nanti, suka nasi kerabu jugak!

    BalasPadam
  14. Ehh murah lah, nampak sedapnya ayam tu

    BalasPadam
  15. aduhhh.. tgl ulam ulam dia tuh.. mengancam.. warna biru tu pon.. mak aii.. cikyan pon sjenis suka mkn nsik kerabu jugak... kalau dekat, lama dah pegi nih.. bestnya oii...

    BalasPadam
  16. tgk sambal kelapa pun dah tahu sedap.. biasa kalu beli kt kl ni kering jer sbb kurang ikan.
    kelapa x goreng betul2...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.