Payah sungguh nak suruh makan buah dan sayur !

" Qhaliff , makan buah ni... " . Pinta aku sambil hulurkan buah naga pada dia. Digelengkan kepalanya berkali kali. Hurm... Aku paksa gak dia makan. Sekarang ni dia tengah selsema. Abis merah lubang hidung dia.. melecet ! 

Adik adik dia tak selsema pon. Dia jer. Zahra dan Aariz , makan je buah walaupun bukan semua.. Antara yang jadi kegemaran diorang ialah buah delima dan pisang. Zahra, hantu durian. Aariz , suka buah delima. Tak de la nak kena selsema pun... Buah delima tu banyak vitamin C. Memang bagus pun untuk anak anak terutamanya. 

Katanya import dari Mesir. Boleh tahan manis gak. 

Geram kekadang dengan Qhaliff. Dalam selsema teruk gitu pun tak nak makan buah-buahan. Tapi kalau 'junk food' , laju jer ! Haihh.... Tu baru buah... sayur apatah lagi. Kalau bagi dalam nasi tu , siap boleh tau mana satu sayur dan mana satu ayam tanpa pandang... Hurmmm... 

Kesilapan aku ialah perkenalkan dia dengan makanan tak berkhasiat. Kalau aku tak bagi pun , dia membesar di persekitaran yang memang kenalan dia makan makanan gitu. Dah tu nak wat camana ? Penat dah suruh. 

Kalau Google tu , ada la bagitau camana dan tips untuk kanak kanak makan sayur dan buah ni tapi kebanyakkannya aku dah cuba pon. Memang tak jalan. Zahra pon gitu gak.. liat ! Aariz , dulu ok.. tapi sekarang dah pandai larikan mulut kalau nampak sayur ! Huhhhh...

Buntu kekadang aku. 

10 ulasan:

  1. mana la tak suka aariz kat buah delima... untie yg tgk pun terliur...

    BalasPadam
  2. Macam anak buah PC...buah-buahan sayur-sayuran...reject terus..semua dikata pahit la masam la...

    BalasPadam
  3. terliur pula bila tengok kaler cemtu..menggoda sungguh.

    BalasPadam
  4. nak bg diorng minat ni kena ajar dari kck..kdg tu kalu mak ayh liyat nk makan syur dan buah pun puncanya. takpe..teruskan pujuk..mna thu nnti diorg akan suka jugak

    BalasPadam
  5. Anak² saya makan jugak buah dan sayur tapi tak semualah.

    BalasPadam
  6. lisa makan hampir semua sayur.. kecuali bendi hahaha tak reti makan bendi .. ayam pula lisa tak nak makan.. heee budak2 biasanya mmg tk berasa gemar makan sayur ..

    BalasPadam
  7. anak2 saya pun memilih sayur jugak, tapi kena pandai dan kreatif...buah mmg hari2 makan alhamdulillah diorang suka makan buah wpun ada buah pilihan masing2..part sayur tu mmg ada problem jugak tapi biasanya saya akan buat makanan fav macam wrap ke sandwich ke ataupun roti pita tapi letak sayur banyak2..

    BalasPadam
  8. Buah delima sedap tu. Ikut mood jgk budak2 ni. Klu time dah letih jalan2 dan lapar semua diorg mkn

    BalasPadam
  9. Hahaha... Lucu je baca... Tunggu dorang besar sikit.. Nt suka la tu ngan sayur.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.