Pesakit Kanser payudara kurang berkemampuan , sila ambil perhatian !

Kanser... Dulu aku tak amik berat langsung pasal ni. Sehinggalah arwah ayah aku menjadi salah seorang dari mangsa kanser dan aku tau camana penderitaan pesakit kanser ni, barulah aku sedar. Jangan sesekali pandang ringan bab kanser ni ! 

Kos perubatan ketika tu , dibantu oleh BaitulMal. Alhamdulillah. Bukan kecil yer jumlahnya. Boleh bergadai jugak la kalau kena bayar sendiri. Ketika tu , kami sekeluarga tak tau nak buat apa. Cuma boleh rujuk ke hospital dan ada NGO Perubatan ( HOSPIS Malaysia ) datang ke rumah membuat rawatan serta kaunseling secara percuma. 

Ketika tu, aku sendiri mati akal. Tak sangka terjadi pada keluarga aku sendiri ! Dan ketika pada masa yang sama , aku follow status seorang rakan Facebook yang mengidap kanser kulit. Dari seorang yang kacak hinggalah tak nampak dah rupa  sebenar dia ! Tapi dia seorang pejuang yang hebat ! Sangat hebat ! Berjuang tanpa erti tewas ! Respek tul aku kat dia. 

Selepas tu , aku 'ditarik' join satu komuniti kanser di Facebook. Setiap hari aku baca status status berkenaan pesakit kanser. Sangat menginsafkan ! Aku kecewa.. tak memainkan langsung peranan dalam tu ! 

Dan satu hari , ada seseorang PM aku di Facebook... Wah , satu peluang untuk aku dan rakan rakan blogger menabur bakti ! Alhamdulillah... Terus aku beri no telefon dan disusuli dengan satu pertemuan ringkas.  

Ini 'task' pertama kami.. Viralkan mengenai dana RM2juta untuk pesakit kanser payudara yang tidak berkemampuan untuk membuat kemoterapi.  Hubungi nombor tertera untuk penjelasan. 


Dan selepas tu , satu kerjasama terjalin dengan InoMedik... InshaAllah , selepas ni banyak lagi akan diviralkan malah akan diminta buat bengkel bengkel mengenai kesihatan untuk kesedaran umum , khasnya buat rakan rakan pembaca blog dan rakana di media sosial. InshaAllah ..

Satu lagi tanggungjawab kami , sebagai blogger mendapat kepercayaan bagi membantu masyarakat. Alhamdulillah. Kami , bukan sekadar blogger !

8 ulasan:

  1. good info! thanks for sharing ben

    BalasPadam
  2. alhamdulillah semoga dapat menyalurkan info kepada masyarkat

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...moga sebaran dari blogger dapat membantu mereka yang ada masalah kesihatan.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. semoga kerjasama ni dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana.

    BalasPadam
  5. semoga KBBA9 terus menyalurkan maklumat terbaik kepada semua.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, moga kita dapat kongsikan manfaat ni.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.