Jagalah lutut anda !

Aduh... seminggu dah aku tak ke gym. Lutut kembali sakit gara gara tersalah langkah. Bengkak kembali di bahagian lutut. Kalau nak solat tu , duduk antara dua sujud.. pasti boleh membuatkan aku melambung naik semula.. Hahaha.. Dia punya sakit , aduuhhai... 

Dulu aku pandang ringan bab lutut ni. Ingatkan sakitnya biasa biasa saja. Bila ada kawan kena terutama bila main bola , aku gelakkan jer. 

" Elee.. manja sangat. Lutut je kot.. ". Kata aku ketika tu. Hehehhe.. Selepas dapat tau ada yang dimasukkan 'besi' , aku rasa cam.. Wow... Camana la rasanya yer ? Tapi aku tetap rasa cam aku tak mungkin terlibat sama. 

Sakit lutut pada orang tua... gara gara 'gel' dah abis atau punca dari bekerja keras waktu muda dulu pon aku rasa cam.. biasa biasa jer. Huhuhu.. Sombong aihhh ! Dan sekarang , baru padan dengan muka aku. Baru tau camana rasanya sakit lutut ni.. 


Aku dah buat sonotron baru baru ni. Sonotron ni ok je bagi aku tapi kena ulang 3-4 kali sessi , baru nampak impak. Sekali ni aku pun sakit tu hilang la skit.. cuma nak ke sana lagi tu , bercinta la gak. Hahahaha.. Malas sedikit. 

Dan semalam , ternampak la seorang kawan futsal post di Instagramnya.. Wah , cam menarik jer ! Apa ? Sport massage. Jap lagi aku nak gi try. Kat  Bandar Tasik Selatan jer. Dekat ngan umah mak aku. Harga ? Hurm.. aku amik full body massage. Bukan apa.. sejak bergelumang dengan gym ni , aku tak pernah pon urut badan. Ni baru nak try... Kalau tak sebab lutut, aku tak gi gak ni ! Hahahah.. Harapnya ok la. Kalau tak , jawabnya kena gi spital laaa jugak. 

Nanti aku cerita pasal sport massage ni eh. Ok ke idok... Heee.. Oh ya. Nasihat aku , jagalah lutut sera semua anggota badan korang. Jangan pandang ringan ! Nanti Allah amik balik.. haaa... nyesal kooo ! 

1 ulasan:

  1. Moga Aben cepat sembuh. Memang seksa sakit lutut ni.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.