Maafkan saya . Datuk Seri Najib Tun Razak !

by - Isnin, Mei 21, 2018

Dua hari ni , viral mengenai Datuk Seri Najib selepas ketewasannya. Pelbagai pengalaman 'menarik' dirasainya. Mungkin ketika ni dia 'tersedar' , dia dah jadi rakyat biasa. Cuma masih beruntung , banyak harta dan tak perlu bersusah payah untuk bekerja. Habiskan saja harta harta tersebut. Dah rezeki dia kan ? Tak peee.. 

Yeke Penganggur ? Jadi Ahli Parlimen Pekan tu apa ? Takda elaun ? Kerja free ke ?

Semalam , beliau kembali ke Pekan. Berjumpalah dengan rakyat rakyat yang mengundinya. Alhamdulillah... baguslah. Ada hikmahnya selepas tewas. Kalau menang ari tu , mesti bertambah sibuk punyalah.. Nasib baik kalah. Katanya sewaktu balik tu , dia naik kereta jer. Nampaklah pembangunan sana sini. Heeee... katanya laa.. Tak tau la kot tertidur dan terjaga pastu nampak pembangunan. Sewaktu tidur tu , tak perasan apa apa kan ? Lain kali cuba memandu sendiri. Tol bayar tak ?

Maaf la yer. Saya ni bukan ahli parti politik mana mana. Saya cuma menyokong mana yang sokong rakyat ! Mana mana parti yang utamakan rakyat , yang dengar suara rakyat , yang tidak sombong , tidak angkuh.. maka itulah yang saya sokong. Penegasan di situ agar korang tak kata aku sokong parti itu ini yer ! 

Saya bukanlah menidakkan langsung jasa jasa Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Cuma tak nampak la belah mana. Jika dikatakan dia membawa masuk pelaburan , menaikkan banyak kemudahan serta pembangunan.. nak tau gak laa , apakah semua rakyat jelata merasainya.. percuma ? Kena bayar balik kan ? Asal keluar je rumah , duit pun turut keluar sama. Derita dalam hati , sapa nak tau kan ? Nak membeli pun kena pikir berkali kali. Duit ada tapi kena pikir hari esok. Sudahlah kais pagi makan pagi. Nak 'menjilat' pun , tiada orang kenamaan yang saya kenal. Terpaksa la berusaha setiap hari... atau hutang akan kembali menggunung ! 

Akhir kata Datuk Seri.... Inilah peluang Datuk Seri untuk kenal Malaysia dengan lebih dekat lagi. Amiklah peluang ini (sekiranya tidak didakwa) , untuk baiki segala kelemahan , kekurangan serta kepincangan yang terlepas pandang selama ini. Jangan dok menuding jari salahkan orang orang tertentu. Rakyat sekarang , celik dah. Ada internet di mana mana. Jangan kata itu hasil jasa Datuk Seri lak yer ? Sapa yang bersungguh sungguh bawa naik kemudahan ni ? Datuk Seri cuba menambahbaikan jer .. Tu pun kena bayar ! Bukan free. 

Sekian saja er. Malas nak bebel. Esok pon lom tentu abis. Datuk Seri pun belum tentu baca. Dan banyakkanlah bergerak guna kereta tanpa escort yer. Baru kenali Malaysia. Cintai Malaysia. Dan rajin rajin la mintak maaf kat Tun Mahathir tu. Awak 'kepala bapakkan' dia gitu saja. Jasa dia pada awak lagi banyak.

Buat bakal bakal pemimpin negara , sila jadikan peristiwa bersejarah ni. Bila rakyat bersatu , merak di kayangan pun boleh turun jadi burung pipit. Tak perlu nak sombong. Perlu tau, tugasan kita di mana.. Siapa rakyat ? Siapa yang memimpin. 

Kenapa aku terasa sangat  dengan isu ni ? Sebab aku pun dah rasa dah. Sedih sangat. Sedih ! 


You May Also Like

6 comments

  1. Deep sangat bro...Tak tau nak kata apa dah, kisah pasal politik ni tak terasa pun nak raya nanti, sbb ceritanya macam-macam dan pastinya la time raya nanti takde kisah lain akan disembang melainkan politik dan politik...

    BalasPadam
  2. Sesiapa pun yang mentadbir negara kepincangan .. kekurangan tetap akan berlaku.Disedari atau tidak,disengajakan atau tidak,ya tetap ada kerana yang mentadbir itu manusia biasa yang ada akal serta nafsu yang terkadang bertingkah.Betulkan niat,lunas tanggungjawab yang digalas untuk agama,bangsa dan negara.Rasanya pimpinan zaman Rasulullah SAW dan para sahabat sentiasa releven untuk diaplikasikan hingga akhir zaman..maka gunakanlah.InsyaAllah semua berlapang dada.

    BalasPadam
  3. Ada hikmah jugak dia kalah, bolehlah dia perbaiki diri dan insaf.

    BalasPadam
  4. susahnya nak komen bab nie..semoga negara kita malaysia terus maju di bawah pimpinan sesiapa pun

    BalasPadam
  5. politik dunia..hehe..smuanya smntara. masa ni nak belajar blik smuanya

    BalasPadam
  6. Posting saudara BA ini mewakili diri saya juga.. Itulah luahan sebenar yang ingin diutarakan tetapi tak terkeluar.. Sebagai rakyat semua inginkan pemimpin yang tak sombong dan tak angkuh. Bila berpolitik secara telus, focus kepada perancangan demi kepentingan rakyat & negara bukan menghina orang lain..

    Apa pun semoga Malaysia terus sejahtera dan nasib rakyat terbela..

    BalasPadam