Program murni Sunway Group dapat pujian masyarakat setempat.

by - Khamis, Mei 24, 2018

Baru baru ni aku dijemput oleh Sunway Group ke Surau Al-Mujib di Cheras untuk turut serta dalam program kebajikan mereka sempena bulan Ramadan ni. Program penyerahan bubur lambuk kepada penduduk setempat ini mendapat sambutan dan sokongan penduduk tempatan. Alhamdulillah. 

Selain di Cheras , mereka akan berada di beberapa tempat terpilih untuk program kebajikan ini. Antaranya ialah Masjid Seberang Jaya dan Masjid Kapitan Keling , George Town. Kedua duanya di Pulau Pinang. 



Sebanyak 250kg beras dan 100kg daging disediakan untuk program ini. Bermakna lebih 4000 bekas bubur lambuk  yang cukup lazat dan enak dapat disediakan oleh master chef Sunway Resorts Hotel & Spa , Sunway Putra Hotel , Sunway Velocity Hotel , Sunway Hotel Georgetown dan Sunway Hotel Seberang Jaya.

Seramai 200 orang sukarelawan terlibat dalam program kebajikan kendalian Sunway Group ni. Menurut Tan Sri Datuk Seri Razman Hashim selaku Naib Pengerusi Sunway Group, program pemberian bubur lambuk ini mencapai sasaran mereka dan berasa sangat gembira. Ini merupakan permulaan program komuniti #sunwayforgood Raya Cheer 2018.




Selain pemberian bubur lambuk ini mereka juga adakan program buka puasa dan beli baju raya untuk anak anak yatim serta orang kampung yang terpilih.  Selain Sunway , beberapa organisasi juga turut terlibat secara tidak langsung dalam program suci ini. 

Untuk maklumat lanjut boleh ke www.sunwayforgood.com




You May Also Like

6 comments