Si kecil yang bawa karenah...



Aariz , si no 3. Aku ada lagi 2 orang anak. Bagi yang setia membaca blog aku ni , pasti tau dah kan ? Heee. Ok , membesarkan 3 orang anak.. memang bukan mudah. Banyak cabaran. Tak kisah di peringkat mana sekali pun , kita sebagai ibu bapa pastiknya kena beri tumpuan pada mereka , 150% !  Haa... lebih 50% lagi tuu. Huhuhu.. 

Bila aku tengok semula On This Day di Facebook... gambar gambar mereka sewaktu kecil dulu membuatkan aku tersenyum. Cepatnya mereka membesar ??? Gambar dalam tu , mereka masih comel comel gitu. Tapi sekarang.. nahhhh... dah pandai bercakap dan berlari ! 

Dan dalam ketiga tiga tu , Aariz laaaaa paling banyak karenah tapi mudah sangat dipujuk. Kadang kadang kesian je ngan dia. Baru nak bermanja , 2 lagi datang menagih kasih. Huhuhuh.. Dan kalau aku tak beri tumpuan pada dia , dia akan amik apa saja barang behampiran dan baling ke arah aku. Kalau aku dok sibuk ngan hp , dia akan rampas dan baling. Huhuhuh..

Maka.. sabarlah buat sementara waktu. Masa berjalan sangat pantas. Bila tiba saat itu , pasti akan mengalirkan air mata... kerinduan pada mereka. 

4 ulasan:

  1. Aariz..Aariz..yang penting nikmati setiap detik...nikmat..tidak semua berpeluang berkasih sayang dengan anak-anak...

    BalasPadam
  2. Betul.. betul.. betul.... Cepatnya masa berlalu..

    BalasPadam
  3. Cepatnya masa berlalu.Dari Qhaliff belum ada sampailah ada Aariz.

    BalasPadam
  4. Masa mereka masih kecil nilah dapat nak peluk cium, kalau dah besar susah dah. Mcm anak² saya yang dah besar, nak cium mak pun kena suruh. Huhuhuuu!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.