Tahniah buat McDonald's Malaysia !

Buat yang tak tau lagi , McDonald's Malaysia dikendalikan oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GARSB ) yang mana individu Islam pemegang saham terbesar.  GARSB juga didaftar sebagai pembayar zakat dan tahun 2017 GARSB telah membayar zakat sebanyak RM1juta.

McDonald's Malaysia juga terkenal dengan aktiviti kebajikan mereka. Dan sempena bulan Ramadan ini , mereka menaja moreh di surau surau dan masjid masjid di sekitar lokasi restorannya serta  26 institusi pengajian tinggi  dan juga agihan kurma serta air untuk berbuka puasa kepada orang awam di stesen stesen LRT terpilih.

Semalam , aku dan rakan rakan blogger #KBBA9 berpeluang menyertai program kebajikan anjuran McDonald's dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS) , Lembaga Zakat Selangor , Yayasan Darul Ehsan (YDE) meraikan lebih 500  anak anak yatim asnaf dari 12 rumah kebajikan sekitar negeri Selangor untuk berbuka puasa. Sangat mengharukan. Anak anak yatim yang hadir kelihatan sangat gembira.

Bertempat di Masjid Kampung Raja Uda , Pelabuhan Klang , mencipta sejarah tersendiri  yang mana jemputan majlis berbuka puasa ini antara paling ramai pernah diadakan oleh McDonald's Malaysia . Setiap rumah kebajikan menerima sumbangan RM10 ribu dari McDonald's Malaysia manakala kanak kanak menerima RM20 menjadikan jumlah sumbangan bernilai RM130 ribu.




Antara tetamu kehormat yang hadir di majlis berbuka puasa ini.

 Sebahagian dari yang menerima.

Hidangan yang melazatkan untuk tetamu

McDonald's Malaysia juga turut mengenalkan menu baru khas sepanjang bulan Ramadan ini untuk berbuka puasa. Dikenali dengan Nasi McD , pelanggan akan disajikan dengan sambal istimewa, telur rebus , ayam McD dan Teh Ais Limau bersaiz medium dengan harga istimewa. 

Kandungan dalam, biarlah rahsia ! Hehehe

Tahniah buat McDonald's Malaysia atas usaha usaha murni mereka. Semoga mereka terus maju dan senantiasa memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan dan memperbanyakkan lagi aktiviti aktviti murni sebegini lagi. 



20 ulasan:

  1. Alhamdulillah semoga rezeki lebih berlipat kali ganda... amin

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...Tahniah buat semua yang terlibat dlm majlis ini.

    BalasPadam
  3. Alhamdulilah...satu acara yang byk beri kelebihan.

    BalasPadam
  4. Tahniah McDonalds Malaysia. bagus lah pemegang saham orang islam, nak makan kat McD takde isu dah kot inisiatif menyemarakkan bulan Ramadan dengan bersedekah sangat bagus, semoga kita semua lebih bersemangat untuk memberi..

    BalasPadam
  5. Tahniah McDonalds Malaysia. bagus lah pemegang saham orang islam, nak makan kat McD takde isu dah kot inisiatif menyemarakkan bulan Ramadan dengan bersedekah sangat bagus, semoga kita semua lebih bersemangat untuk memberi..

    BalasPadam
  6. Semoga sumbangan baik macam ni berterusan pada yang memerlukan.

    BalasPadam
  7. Alhamdulilah... benda baik.. harapnya akan diteruskan lagi..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, smg ramadan berkah dgn sedekah. Amin

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..tahniah semua

    BalasPadam
  10. Bulan yang penuh keberkatan..tahniah warga McD !!

    BalasPadam
  11. alhamdulillah..dan tahniah kepada Mcd.Moga yang meraikan anak anak yatim di murahi rezeki..

    BalasPadam
  12. Tahnian McD sebab berjaya anjurkan majlis dan sumbangan untuk anak-anak yatim.

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah, bagus usaha McD ni. Moga anak anak tu gembira

    BalasPadam
  14. alhamdulillah. .semoga rezeki lebih berlimpah ruah. .amin.. hihihi

    BalasPadam
  15. Tahniah, semoga terus memberi manfaat walaupun bukan di bulan ramadan juga...

    BalasPadam
  16. Baru tahu siapa yang mengendalikan McDonald Malaysia. Tahniah di atas usaha murni ini. Hari tu, ketika Penang dilanda banjir besar, Mc Donald ada hulurkan bantuan untuk kawasan yan dilanda banjir. Thanks.

    BalasPadam
  17. tahniah Mcdonald's. terpaksa boikot Mcdonald's atas sebab kesihatan.

    apapun, penguasaan orang Islam dalam GASB harap buka peluang ekonomi lagi besar pada Muslim lain selain pekerjaan.

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah program csr yag baik dibulan yang mulia ini

    BalasPadam
  19. Bagus program camni, moga diteruskan.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.