Jom Bangi Wonderland Theme Park & Resort cuti sekolah nanti !

Hujung minggu...  

Nak mandi sungai , sekarang musim hujan. Risau lak. Anak anak keboringan di rumah. Yelah , hari biasa pun duduk di rumah manakala Qhaliff boring sebab hari biasa dah kena gi sekolah.. cuti takkan duduk rumah je kan ? Huhuh.. 

Daddy ada idea ! 


"Daddy.. Tak best mandi sini. Jom gi Bangi Wonderland.. Lama tak pergi.." 

Amboii.. Dia punya lama macam dah bertahun tak gi walhal baru jer gi ari tu. Tapi aku pun setuju gak la. Dia pun baru je abis exam. Kasi dia hilangkan stress. Tahun depan dah masuk sekolah. Lagi stress.. kan? 

Set ngan wife. Hujung minggu gi Bangi Wonderland and Theme Park Resorts yang terletak di Bangi. Dari rumah aku, Sepang cuma amik masa setengah jam. Buka jam 10 pagi dan itulah waktu terbaik untuk pergi sebab bila dah tengahari , mesti ramai orang. Apatah lagi ada yang buat Hari Keluarga di sini.. 

Aku setuju je. Lagi pun aku suka ke sini sebab memang enjoy sangat. Makanan pon murah. Dan boleh bersantai tanpa risau. Keselamatan di sini bagus. Setiap sudut ada orang mereka jaga. Maka anak anak akan lebih selmat.. inshaAllah. 

Bangi Wonderland Theme Park & Resort ni sangat mesra keluarga. Nak parking kereta mudah jer. Dan cuma dikenakan bayaran sebanyak RM6 jer untuk sekali masuk. Pastu nak akses ke pintu masuk pun mudah dan yang bagusnya,  tidak dibenarkan bawa makanan dari luar. Bermakna dalam theme park ni terjaga kebersihannya. Bagus la kan ? 


Kalau korang berjiwa muda dan gemarkan adventure yang tidak merbahaya, nahhh.. ni la tempatnya. Ada banyak pilihan untuk korang 'bergembira' bersama teman atau orang tersayang. Bagi anak anak yang agak takut , ada kolam santai untuk mereka lepak main air. 

Luas , kan ? Jangan risau pasal surau , tandas , mahupun tempat tukar baju.. bersih dan terjaga ! 




Ok.. Dah abis intro ! Jom mandiiiii ! Best !!


Family Day yang meriah ! 

Panas bukan halangan... mandi tetap mandi ! 

Warna warni.. 

Bersantai ala ala tepi pantai. Ada ombak lagi ! 

Cabaran menanti.. 

Ada berani ? 



Puashati dapat menyelam ! Huhuhu...



Dah puas mandi ! Jom balikkkkk... Nanti datang lagi ! Itulah yang dijeritkan oleh Qhaliff manakala si adik , masih belum puas. Enggan keluar dari situ. Hahahaha.. Tak pe, nanti datang lagi. Tunggu daddy gaji. Hehehe..

Harga tiket ? Bagusnya Bangi Wonderland Theme Park & Resort ni rajin buat promosi. Seperti bulan Oktober , boleh tengok banner di bawah ni, Dan November dan Disember , akan ada promosi cuti sekolah. Kena rajin tengok website dan Facebook mereka.


Bagi yang nak buat gathering , sambut harijadi dan sebagainya, pakej pakej menarik disediakan.



Untuk keterangan lebih lanjut mengenai Bangi Wonderland & Theme Park : -

Web :  http://www.bangiwonderland.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/bangiwonderlandwaterpark/
Tel : 03-8912 8333 

6 ulasan:

  1. Best mandi kat tempat ada ombak tu

    BalasPadam
  2. Dah dua kali pi masih tak puas, si kembaq dok ajak repeat dah. Best!

    BalasPadam
  3. Memang best datang sini, puashati! Sunburn pun takpe janji anak² seronok.

    BalasPadam
  4. bangi wonderland memang best tapi harga tiketnya maha sangat. huhu

    BalasPadam
  5. Bestnya mandi manda .. tak pernah jejak kaki kat sini lagi setakat ni .

    BalasPadam
  6. Dak-dak pun asik bertanya bila nk dtg sini lagi hihi

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.