Sepanjang aku berblog , beg sandang aku adalah keutamaan aku .. Tapi kehilangan beg sandang aku hari ini , amatlah meragukan aku kerana .. Banyak faktor woo bila aku fikirkan balik segala perjalanan ‘keciciran’ beg sandang aku tu ..
Bermula di hentian RNR Gua Musang yang aku keberatan sangat nak turun minum tapi wife ajak legakan diri .. Aku menurut walaupun malas .. Aku lebih suka g RNR Gua Musang yang baru tu ..
Gini ceritanya ..
- Aku amik beg Deuter aku yang berada di sisi tempat duduk aku dan aku pakai ..
- Aku dukung Qhaliff lalu menuju ke food court ..
- Jumpa tempat duduk tapi berubah tempat kerana ada mamat hisap rokok.
- Aku tanggalkan beg dan letak di sisi aku dan wife duduk depan aku .
- Sedang minum aku ternampak jiran aku yang duduk belakang aku .
- Aku segerakan minum dan nak bergerak ke arah dia ..
Disini segalanya bermula .. Aku ‘rasakan’ aku pakai beg sandang tu dan dukung ke meja dia .. Kemudian aku duduk dan tanggalkan beg ..Borak punya borak , akhirnya aku dan wife minta diri dulu . Wife g ke arah kereta dan aku dukung Qhaliff ..
Di sini .. aku langsung tak ingat pasal beg sbb aku rasa seolah aku sedang memakainya .. Enjin dihidupkan dan aku masuk serahkan Qhaliff .. dan terus memandu ! Aku tak ingat langsung pasal beg !! Aku terasa beg senantiasa disisi aku ..
Pukul 5 lebih .. Aku singgah ke masjid Bentong untuk solat .. Di sini baru tersedar dari lamunan lalu aku bertanya kat wife , di mana beg aku !!! Wife terkejut dan tercari ! Aku sangat sangat tak percaya yang aku tertinggal beg !
Aku call jiran aku tu.. Dia kata dia tak nampak beg tetapi dia nampak aku bawak stroller ! Huh .. biar betul ?? Takkan kot ?
Letih nak fikir .. Aku redha kehilangan beg aku tu.. Aku call blogger Lyssa Faizureen untuk mintak tolong dia tukar segala password aku yang kebetulan aku tak logout dari ultrabook tu ..
Dalam beg aku tu ada Nikon D5100 , ultrabook , external hardisk segala movie , gambar kenangan aku sewaktu aku bekerja di Kementerian dulu .. serta gambar aku bersama wife .. Huhhu ..
Aku bukan nak menuduh sesiapa sebaliknya harap rakan pembaca berhati hati laa .. Walaupun mungkin ianya satu kelalaian , tetapi kita perlu berhati hati gak ..
Beg sandang aku tu seolah kembar aku ! Tak pernah aku nak tinggalkan dia merata kecuali dalam blog !
Bukan rezeki aku .. Aku redha dan tawakal .. Andai dia kembali , maka rezeki aku .. Kalau tak , hurmm .. aku berserah pada Allah ..