Bila sebut ayat tu , kita tau dari filem manakan ?? Bukan kita je yang tau malah anak jiran sebelah tu pon silap silap tau !! Kuat kan pengaruh filem di zaman ini ?
Sebenarnya dari dulu lagi pengaruh filem ni mempengaruhi mereka yang masih belum mampu berfikir mana baik mana buruk .. Tak tau la ada yang bertindak masa tu dengan membantah sekiranya ada filem menyanggahi batas agama dan undang-undang ..
Tapi sekarang , dengan adanya internet , laman sosial seperti FACEBOOK , TWITTER dan juga blog , maka amat mudahlah kita mengeluarkan pendapat serta membuat bantahan secara terang-terangan.. Mungkin dulu ,kalau hantar email , takde respon .. Dan , kita je yang tau .. Tapi sekarang ???
Serius cakap la eh .. Kalau tengok filem melayu sekarang terutama yang ganas ganas ni macam tengok katun DragonBall .. Yang tua macam aku , mampu gelengkan kepala.. Tapi budak-budak ?? Mereka kutip , mereka simpan.. Mereka tunggu pergi sekolah kemudian ?? Tanya la cikgu-cikgu kat sekolah tu .. Tu budak tuuu.. Bayangkan jika diisikan dengan pendidikan dalam filem tu ..
Diharap pembikin filem selepas ni , ingat-ingatlah .. Anda sedang mendidik bakal pemimpin yang akan datang melalui filem .. Aku bukan anti filem melayu .. Tapi teringin melihat filem filem Do Re Mi , Pendekar Bujang Lapok berada di panggung ... Kalau nak kata lapok , cuba ingat kembali ... P.Ramlee hidup di zaman Hang Tuah ke ?? Tuu... Haji Bakhil tuuu... Mana mai ??? Kreatif la bro !