Syawal bakal menemuinya penghujungnya untuk tahun ini. Sekarang ni setiap hujung minggu , pasti akan ada jemputan rumah terbuka.Aku terima jemputan dari rakan rakan .. Cuma nak pergi ke tak pergi ? Ada yang dekat dan ada yang jauh. Kalau tak pergi , takut kecil hati pulak kawan tu .. hurmm .. Yang dekat tu , InshaAllah akan aku cuba penuhi.
Alhamdulillah .. aku berjaya pergi la dua tiga rumah selepas balik dari luar negara ari tu .. Cuma masalahnya , kalau gi awal , aku jadi pening kepala.. Ramai benar tetamu.. Tuan rumah , aku sempat bersalaman dan bertanya khabar .. Pastu dipelawa makan ! Wowww .. makanan banyak tapi aku datang ni bukan untuk makan semata mata .. Aku nak lepak bual panjang lebar ! Hurm… Datang hari lain je ? Kalaulah hari lain tu tak sibuk.. kan ?
Kalau datang lewat lak .. Tuan rumah mesti dah penat .. Seharian layan tetamu.. Nak berbual dengan kita , muka pon dah terpampang keletihan .. Kita pulak jadi kesian .. Gi la makan.. Nak amik makanan pon , ada jugak masalah kekadang.. Garfu takde.. Sudu takde.. Atau nak minum air , air pun dah tawar.. hurmm… Tak pe la .. Jangan komplen !
Nak pergi ke rumah terbuka tu , bukannya mudah skang ni.. Kena harung kesesakkan lalu lintas yang sangat pelik sesaknya ! Pastu tercari cari rumah.. Dah jumpa .. borak 5 minit pastu makan .. dan balik rumah ! Tu je ? Hurmm .. Niat nak ikhlas gi beraya tak pasal pasal dah jadi mengumpat di dalam hati ..
Buat open house tu bagus.. aku suka la.. tapi sayangnya , tak dapat beramah mesra dengan tuan rumah.. Tuan rumah pulak , kelam kabut.. Kena layan orang tu .. layan orang ni .. Kalau tak dilayan , ada jugak yang kecik hati..
Ada baik dan kurangnya di sini .. Sebab tu , aku jarang nak gi open house yang akhirnya aku sendiri rasa menyesal ! Bayangkan .. rumah kecik , rumah apartment .. buat open house.. Jemputan , abis penuh satu rumah.. Dah tu nak makan kat mana ? Dengan dukung anak lagi.. Dengan nak beratur amik makan lagi.. Hurm..
Aku terasa kehilangan keindahan berhari raya sebenarnya. Teringat masa kecik kecik dulu , ikut mak ayah aku beraya dari satu rumah ke satu rumah tanpa perlu tunggu jemputan jiran tetangga.. Hanya rumah Agong dan PM je ada ‘ rumah terbuka’ waktu tu ..
Apa pun , pendapat masing masing .. Sesungguhnya aku tak mampu buat open house sbb aku tak mampu nak layan semua orang sekali gus. Nak datang beraya , datang je.. sila bagitau je.. kot kot aku gi open house.. Eh ? Hahahaha ..