Dah memang aku jangka cuma menanti masa. TMJ, aku tak minat satu tika dulu. Tapi selepas dia kembali membawa perubahan pada arena bolasepak negara kita, aku dapat rasakan yg khidmat dia amat diperlukan sama sekali.
TMJ bijak 'tarik penaja'. Bagaimana tu tak penting. Selagi tidak salah disisi undang undang dan agama.. Teruskan saja. Baginda muda lagi. Idea banyak. Malah turut mendengar pendapat orang bawahan.
Hati tisu? Bila kita sendiri baca komen komen negatif netizen, mana mana insan boleh patah hati. Melainkan jika upah orang yg uruskan media sosial memang takkan jadi hati tisu la. Tapi bagi aku, tu tak bagus laa.. Ko pimpin tanpa amik tahu pendapat orang lain. Dengar cakap oran sebelah kita jer..
TMJ jumpa alasan paling kuat untuk undur diri. Lebih baik dia tumpu pada team JDT saja dan bawa ke puncak lebih tinggi dan terkenal. Dia cuba dah buat utk team team lain tapi diperlekehkan. Hurm... Tgk saja apa yg berlaku pd tahun ni. Sejujurnya aku sendiri menanti dan nak menyaksikan beberapa perlawanan siaran langsung di Iflix setiap minggu. Tapi sayangnya, game cam.. Hurmm..
Hanya beberapa team ye aku nampak berubah. Maka sebab itulah TMJ diperlukan lagi. Dengan 'kuasanya dan ideanya', byk syarikat besar akan lebih tertarik untuk beri penajaan. Yang penting... Beri sokongan dan sabar. Tak sampai setahun pon lagi dia teraju. Rileks dan layan je la bola. Beria dok kutuk dan jatuhkan orang yg nak membantu. Hurm..
Yer.. Aku suka tgk cara TMJ skang.. Mcm Eric Cantona gitu.. Tegas dan macho !