Indonesia sudah mengesahkan wujudnya kes CoVid19. Dulu ramai je tertanya tanya.. takkan negara sebesar dan sepopular itu takda kes CoVid 19 ? Huhuhu... Termenung aku. Satu demi satu negara dah mula ada kes virus CoVid 19 ni. Dah ada yang dah mula menutup pintu untuk pelancong asing tapi pada masa yang sama , buka seluas luasnya manakala syarikat penerbangan pula menawarkan pakej penerbangan dengan harga di luar akal fikiran. Fuh , mengoda tapi giler ! Hahahaha... Bukan soal takut mati tapi lebih pada soal tanggungjawab. Jika kita pembawa , bagaimana ? Bukan boleh kesan terus virus ni ! Haaaa... Siap balik rumah pastu keluar jalan jalan.. Bersalaman... berpelukan... dan sebagainya..
Nah... kalau tak boleh ke luar negara , dah tiba masanya untuk meriahkan pelancongan dalam negara. Melancong sambil pakai face mask..hand sanitizer gitu ! Kalau tanya aku... jika aku bujang , ok jer. Tapi sekarang aku berkeluarga. Kena fikir gak anak bini weh ! Jika dah ada vaksin untuk CoVid 19 ni , ok la gak.. Huhuh..
Hotel hotel ternama pun daht turunkan harga. Memang gempak la. Ni masanya nak amik peluang untuk merasa hotel hotel ternama. Persoalannya, berbaloi ke ? Huhu... Bukan takut mati tapi tak nak jadi penyebab kepada orang lain. Macam aku kata tadi. Selagi boleh elak, kita elakkan. Melancong dekat dekat , dah la kan. Kena ada rasa tanggungjawab. Jangan dok sedap nak melancong tanpa mengambil kira risiko buat insan lain.
Nampak pada gaya, aku tak rasa CoVid 19 ni akan reda dalam masa yang terdekat. Ikut pada statistik terkini , di China dan Itali semakin meningkat. Malaysia begitu gak. Mangas kebanyakkan baru pulang dari Itali. Huhuh...
Apa apa pun.. kita sama sama berdoa agar masalah dunia ini akan segera selesai.