Korang dah gegar blog blog ni ?? Ada lebih 300 blog untuk dijadikan rakan blogger .. Serius , berbaloi !! Baca sini ..
Best giler ada internet kan ? masih aku ingat lagi saat saat pertama aku kenal dengan dunia internet.. Web pertama yang aku masuk ialah HOTMAIL.COM … kemudian , UTUSAN.COM.MY .. Wah , gembira tak terkata .. Kemudian aku test chatting guna telnet.. icq .. mirc .. Pergh.. tak terkira kegembiraan aku kerana aku ada ramai kawan di serata pelusuk Malaysia.. Itu tahun ,1998 … aku dah ada komuniti geng chatting aku .. mmg selalu ada gathering .. Dan aku pon dah ada web aku sendiri woo.. mmg ada pembaca setia.. Tempat promote aku ialah , MIRC .. Hehe.. konsep yang sama aku gunakan sekarang dan ianya berjaya menarik pembaca setia .. Keburukkannya, sama je cam sekarang .. ramai je tak suka.. hahaha.. biasa la kan ?
Tapi kebelakangan ini , apa yang aku perasan berada di internet sumber dosa paling mudah dapat .. Lihat saja di FACEBOOK , TWITTER , BLOG dan banyak lagi.. banyak status yang tertera penuh dengan negatif .. kemudian di sambut lagi dengan sokongan rakan rakan seolah olah gembira dengan perbuatan tersebut ..
Ada yang cuba menasihati tapi aku pasti nasihat mereka tidak dipandang kerana mereka mereka ini lebih suka gossip panas dan bertekak di situ ( FB, Twitter, Blog ) ..
Apa sebenarnya tujuan semua ini dicipta ? Memecahbelahkan umat Islam atau menyebarkan dakwah ? Apakah tujuan orang yahudi mencipta semua ini berjaya mencapai matlamatnya ?