Tahniah ! Pertandingan berlangsung selama 2 hari tanpa henti akhirnya dimenangi oleh ... http://www.areliff.com
Tahniah ! Pertandingan berlangsung selama 2 hari tanpa henti akhirnya dimenangi oleh ... http://www.areliff.com
Hehehe.. alhamdulillah .. Mat Gebu dah bergelar datuk Adnan Ibrahim .. dan seorang lagi rakan blogger juga telah bergelar ayah .. Angah dengan blog jiwang serta group group jiwang di FACEBOOK miliknya , telah dikurniakan puteri .. Syukur pada Allah dan tahniah buat mereka .. Dan tak lupa , Pembaca Wacana .. huhuh..
Masalahnya skang ni ialah Angah ni dok pening pala nak bagi nama .. Kalau aku , letak je nama Rosmah.. Klasik skit kan .. Klasik ke ? Ke Roselle ? Kathy ? Jetty ? Ala.. susah.. tak pasal pasal aku pening.. Aminah ? Melur ? Melati ? Mawar ? Purnama Merindu ? Atau Cinta ? Waahhh... pengsan ..
Ok ok .. tak kisah la.. aku punya pendapat mmg mengarut.. Ni kawan kita ni mintak korang bagi pendapat lak.. Nama apa yang sesuai ??? Haaa.... kalau ada idea tu , kongsi kongsi laa.. Mana tau , terpilih .. kan kan ? Takde la hadiah.. asik asik hadiah jer.. adeh..
Haaa... nak tau dengan lebih lanjut , baca la sendiri kat blog dia.. ok ? Cun ? Terima kasih kerana sudi berkongsi idea dengan aku ini.. huhu.. Yelah , aku kan sekadar blogger picisan jer .. ;)
Kliik SINI untuk ke membaca kisah kegembiraannya ..
Grr.. patutnya hari ni aku ke Taman Warisan , Putrajaya .. Tapi bila aku dpt tau sapa yang wakil bersama unit aku , aku terus M.A.L.A.S ! Hahaha.. aku rela duduk dlm opis dan buat keje dari tengok muka dia.. huh .. Tak baik tau nyampah kat orang .. huhu.. Astaghfirullah al'azim..
Disebabkan aku nak g Taman Warisan tu , maka aku keluar awal ari ni.. Sebelum matahari terbenam aku keluar.. eh sat.. kalau terbenam , kul 7 lebih petang kan ? Haa.. sesudah terbit matahari aku keluar.. hehehe.. kira dalam kul 7 pagi la aku dah naik erl gitu..
Dalam ERL dan LRT , aku menyambung baca buku Aku,Isabella dan Tok Kenali .. Hurm... Apa yang aku' nampak' , Bob Lokman gemar menggunakan perkataan TEMAN bagi mengantikan KORANG yang biasa kita guna... Kita tu maksud aku , penulis blogger amatur cam aku ni la.. Yang pro tu sahih tak gunakan .. hehe.. I segan uuu .. hahaha...
Ada sesuatu yang membuatkan aku tersenyum ketika membaca tulisannya tu.. Kalau diikutkan mmg banyak la.. tapi yang ni aku nak kongsi dengan korang .. Terpaksa aku taip semula ... Sori bro Bob.. Nak kongsi cerita dengan kawan kawan.. Promosi percuma gak ni .. hehe..
" Engkau lihat teman , bagaimana prinsip orang Cina berniaga.Mereka bermandi peluh dan tidak mengharapkan bantuan kerajaan. Ilmu berniaga diperturunkan kepada anak-beranak , membina jaringan , serta tidak menipu kerana mereka mahu perniagaan ini panjang umurnya dan diwarisi.. Mereka dengan baju singlet dan seluar pendek , tetapi ribuan ringgi dalam saku seluar ..
Maka tidak pelik bangsa bermata sepet ini menguasai bidang perniagaan , malah keberadaan meeka di mana saja belahan dunia ini. Dubai ke ShangHai , Batam ke Delhi , Kanada ke Paris .. Mereka terselit di mana mana sehingga dikagumi oleh Dr. Samuel P. Huntington, penulis buku " The Clash of Civilizations' yang terkenal itu .
Bangsa kita ? Jika berniaga pisang goreng sekali pun akan bersaing untuk meruntuhkan yang lain dengan ilmu hitam malam jumaat keliwon , siap mengsengsarakan pesaing dalam dunia perniagaan. Aku menarik nafas panjang apabila mengenangkan liciknya bangsaku "
Hehehe.. begitulah 'kata-katanya' di dalam buku tu.. Dan banyak lagi yang menarik .. membuka mata aku walaupun tulisannya lebih santai dari aku.. hehehe ... I LIKE.. Sayang nak abiskan.. hahahah...
Tak kira NUFFNANG , INNITY ,ADVERLETS atau sebagainya ... Kalau korang berblog semata mata nak pungut hasil dari diorng , maka ... korang telah melakukan kesilapan .. Serius .. Apa yang korang dengar dan baca , ada blogger berpendapatan puluhan ribu dari iklan sebulan tu , adalah khayalan semata mata .. Kecuali ! Kecuali dia ada buat bisnis sampingan lain di blog .. Haaa.. bisnis seperti menawarkan ruang iklan dan sebagainya ..
Tapi jika hasil semata mata dari syarikat pengiklanan , itu adalah omongan kosong .. Beribu , mungkin.. Puluhan ribu .. Sila senyum... tunjukkan bukti pendapatan bulanan .. Jika benar , sila ngangakan luas luas mulut tersebut ..
Dulu aku pernah bincangkan isu ini .. Ramai blogger terutamanya yang baru baru ni , berblog adalah kerana khabar angin yang mengatakan berblog mampu mengkayakan seseorang dalam masa singkat .. SILA TEPUK DAHI SENDIRI !
Apa yang boleh aku nasihatkan ialah , berbloglah dengan hepi .. Cari trafik sejati .. Luaskan publisiti... Kenali diri ... Cari rangkaian promosi .. Dan duit akan hadir dengan sendirinya ..
Percayalah .. Jangan harapkan syarikat pengiklanan sangat ...hampa nanti ... Kalau benar nak sangat , sila popularkan blog anda .. :) .. Letak gula , semut pon datang .. Jangan risau ..
Baru lepas layan Transformers - Dark of the moon kat Alamanda tadi .. hurm.. hurm.. hurm.. Nak review camana eh ... Letih ar nak review.. banyak dah blog dah buat review .. hahaha..
Jadi aku cuma bagi pendapat aku je la... Ni kali ke dua aku layan movie dalam versi 3D ... Yang pertama Thor .. Mmg superb ! Berbaloi bayar mahal gitu ..
Yang kedua ni ? Apa yang aku boleh kata , bab robot tu , mmg tak boleh dinafikan terbaik ! Bab lawan tu , mmg best walaupun mungkin ada yang kata nampak 'kartun' .. Mmg la kartun pon kan ..
Cuma yg buat potong stim tu , grrrr... bab bercinta !! Huk aloh..Orang dok kalut selamatkan dunia , dia kalut selamatkan awek dia .. Takkan cinta maut kot sedangkan awek dia tu leh blah tinggalkan dia gitu jer .. Kalau kerana cinta , sama sama la sanggup berkorban kan .. Hahahah.. dah jadi ala ala Titanic la plak ..Cuma tak la awek dia tu sanggup jump kerana cinta .. hahaha..
Ni pendapat aku je la ... Apa pon , TRANSFORMERS kali ni tidak menghampakan lebih lagi kalau layan 3D ... Selamat menonton !