Tapi sayangnya... sayangnya ramai yang engkar ! Mereka mungkin merasakan semua ini sekadar mimpi di siang hari ! Ah, nanti sapa sapa tolong kejut. Teeet ! Maaf ! Kita sekarang di dunia nyata ! Di dunia realiti. Segalanya adalah benar belaka dan ianya sedang berlaku. Mungkin pernah tonton dalam filem tapi kali ini , kitalah pelakon pelakonnya.
Walaupun SOP diperketatkan, masih ada yang mengambil kesempatan. Sekarang kita dah nampak kesannya. Yang 'tak bersalah' turut menerima kesannya. Dek kerana seorang yang engkar , abis serumah. Dek kerana seorang yang sombong, satu pejabat terima impaknya.
Bukan sekadar sakit sakit seperti dulu... Sekarang ni setiap hari ada saja yang meninggal dunia. Kalau dulu seorang dulu di kawasan pendalaman , sekarang ni.. ada kenalan kita yang sihat minggu lepas.. tiba tiba dengar dah di ICU. Punca ? Hurm.. macam macam punca. Kluster masjid , kluster surau , kluster pejabat , kluster raya.. melibatkan ahli keluarga dan juga kenalan.
Tah la.. Rasanya setiap hari dah pihak berkuasa dah maklumkan... penguatkuasaan ditegaskan tapi ? Masih ada yang ambil remeh. Mungkin mereka dah bersedia untuk menemui PenciptaNya ? Huhu. Tapi janganlah libatkan orang lain. Tak kesian ke ?
Macam macam cerita pasal SOP ni aku dengar. Di pejabat... ada yang berjenaka dengannya. Yang berpangkat.. berlagak macam takda apa apa. Yang kaya, peduli apa.. Yang marhaen lak , entahlah.. Bila dah kena , nak nangis pun tak berguna lagi.
Aku tertanya tanya.. Apakah Aidilfitri di tahun mendatang , akan disambut dengan penuh kegembiraan lagi atau lagu lagu raya bakal mengalirkan airmata kita ?