BEN ASHAARI



Dalam ayat 169 , surah al-Baqarah , Allah s.wt. mengingatkan :

" Ia ( syaitan ) hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji , dan ( menyuruh ) supaya kamu berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui " - al baqarah 2:169

Apakah yang dimaksudkan dengan " berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui " ? . Mudahnya , ia seumpama menjadi jurucakap Allah. Syaitan akan menghasut seseorang itu untuk menjadi jurucakap Allah ( spokesman and spokesman for god ) , iaitu bercakap tentang Allah dan Islam tanpa ilmu pengetahuan.

Pada zaman Rasulullah s.a.w " berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui " merujuk kepada orang orang jahiliyah dan kafir musyrik yang mendakwa Allah memiliki anak , malaikat ialah anak perempuan Allah dan berhala mereka ialah wakil Allah di muka bumi . Maha Suci Allah dari semua dakwaan itu .

Ada pun pada masa kini , " berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui " berlaku dalam beberapa bentuk. Berikut tiga contoh :

Contoh pertama : Mengulas sebab di sebalik sesuatu tragedi .


Apabila berlaku sesuatu tragedi alam seperti banjir , gempa bumi dan kemarau , akan ditemui orang orang yang memberi ulasan : " Tragedi ini berlaku kerana kilang arak di sana " , atau " Semua ini berlaku kerana ajaran sesat penduduknya . Seolah olah yang mengulas itu mempunyai hubungan terus ( direct line ) dengan Allah dan seterusnya menjadi jurucakap Allah dalam menerangkan kenapa sesuatu tragedi itu berlaku. Yang benar dia hanya mempunyai hubungan terus dengan syaitan dan syaitan menipunya untuk " berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui."

Benar bahawa semua tragedi, atau lebih tepat: bala' berlaku dengan kehendak Allah s.w.t. Akan tetapi kita tidak tahau mengapa Allah menurunkan bala' tersebut. Lebih dr itu, tidak semua bala' Allah turunkan kerana dosa yang pernah dilakukan oleh mangsanya. Ini kerana bala' itu juga boleh jadi satu ujian Allah kepada para hamba yang dicintaiNya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

" Sesungguhnya besarnya ganjaran berkadar terus dengan besarnya bala'. Sesungguhnya jika Allah mencintai satu kaum, Dia menurunkan bala' kepada mereka. Sesiapa yang redha maka Allah redha kepadanya dan sesiapa yang marah maka Allah murka kepadanya". - hasan : dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam sahih sunan al-Tirmizi , hadis no 2396 ( kitab al-zuhud , bab berkenaan sabar terhadap bala') .

Seandainya kita hidup bersama Rasulullah s.a.w dan bertanya kepada baginda mengapa sesuatu bala berlaku , nescaya baginda sendiri tidak berani berkata apa apa melainkan diam sehingga turun wahyu dari Allah untuk menerangkan sebabnya. Oleh itu sikap yang benar dalam menghadapi sesuatu tragedi atau bala bukanlah mengulas mengapa ia berlaku tetapi apa yang kita lakukan untuk membantu mangsanya.

Contoh kedua : Menyampaikan Hadis tanpa menyemak sumber dan darjatnya.

Menjadi satu kebiasaan di Malaysia bahawa hadis hadis Rasulullah s.a.w disampaikan tanpa memerhatikan sumber dan darjatnya. Apa saja yang dikenali sebagai hadis , maka ia terus dianggap sebagai benar benar berasal dari mulut Rasulullah s.a.w . Padahal apabila disemak hadis hadis tersebut , nescaya kebanyakkannya tidak memilik asal usulnya atau memiliki darjat yang tidak menepati disiplin ilmu hadis sehingga tidak dapat disandarkan kepada Rasulullah .

Sama sama diketahui bahawa ucapan Rasulullah adalah wahyu yang berasal dari Allah. Allah s.w.t berfirman :

" Dan dia ( Muhammad tidak memperkatakan ( sesuatu yang berhubung dengan Islam ) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakannya itu ( sama ada al-Quran atau hadis ) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. " - al - Najm 53: 3-4

Apabila sesuatu hadis disampaikan tanpa menyemak sumber dan darjatnya , orang yang menyampaikannya telah menjadikan hadis tersebut sebagai wahyu yang berasal dari Allah. Seolah olah dia mempunyai hubungan terus ( direct line ) dengan Allah dan seterusnya menjadi jurucakap Allah dalam menerangkan hadis itu dan ini . Yang benar dia hanya mempunyai hubungan terus dengan syaitan dan syaitan menipunya untuk " berkata Allah apa yang kamu tidak ketahui."

Benar bahawa jumhur ilmuan membolehkan hadis ringan kelemahannya disampaikan untuk tujuan keutamaan amal ( fadhail al Amal ) dan menganjurkan yang baik serta mengancam yang buruk ( al - Targhib wa al Tarhib ) . Akan tetapi kebolehan ini hanya khusus untuk ahli hadis kerana mereka yang tahu kadar kelemahan sesuatu hadis. Para agamawan seperti imam , khatib , ustaz dan ustazah bukanlah ahli hadis , oleh itu kebolehan di atas tidak meliputi mereka.

Contoh ketiga : Membicara Agama Tanpa Ilmuan

Berbincang tentang Islam memang baik jika ia di dasari kepada ilmu yang sahih . Sebaliknya perbincangan tentang Islam menjadi tercela jika ia dilakukan tanpa ilmu atau dengan ilmu yang menyeleweng. Mutakhir ini ramai orang yang suka berbincang tentang Islam . Sama ada ceramah di masjid , kuliah di surau , berbalas pandangan di Internet atau sembang sembang di kedai kopi , ramai yang suka berbincang tentang Islam. Tak kira sama da orang orang yang berbincang itu duduk dalam jurusan agama atau selainnya , pelbagai pemikiran , hukum dan petua dikemukakan tanpa henti .Seolah olah Islam adalah sebuah cerpen agama , masing masing boleh mengarang cerita khalayannya sendiri.

Lebih tepat lagi , seolah olah semua orang mempunyai hubungan terus ( direct line ) dengan Allah dan seterusnya menjadi jurucakap Allah untuk menerangkan sekian sekian pemikiran , hukuman dan petua berkenaan agamaNya . Padahal dia hanya mempunyai hubungan terus dengan syaitan dan syaitan menipunya untuk " .. berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui. "

Jika hendak dibandingkan , 1400 tahun yang lalu terdapat seorang manusia yang terkenal lagi jujur . Dia adalah seorang pendiam , tidak berkata kata kecuali sesuatu yang benar dan bermanfaa. Dia adalah manusia yang amat disayangi oleh Allah s.w.t sehingga Allah melantiknya menjadi pesuruh-Nya bagi menyampai agama yang terakhir kepada manusia . Orang yang saya maksudkan ialah Muhammad s.aw . Akan tetapi sekali pun baginda memiliki kedudukan yang amat mulia di sisi Allah , Allah tetap memberi amaran kepadanya :

" Dan kalaulah (Muhammad ) mengatakan atas nama Kami sebrang kata kata rekaan , sudah tentu Kami akan menyentapnya dengan kekuasaan Kami , kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya ! " - al-Haqqah 69 : 44- 46


- dari buku 7 TIPU DAYA SYAITAN KE ATAS UMAT ISLAM . Tulisan Hafiz Firdaus Abdullah
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes