PEMILIHAN saiz coli yang sesuai sememangnya mampu membentuk kontur badan wanita.
Penggunaan coli yang betul boleh diibaratkan sebagai lapisan kulit kedua bagi wanita. Namun, kebanyakan wanita memilih coli dengan hanya mementingkan aspek kecantikan dan lebih mengikut fesyen terkini semata-mata. Mempunyai bentuk yang menarik sememangnya menjadi aset kebanggaan wanita. Namun semakin usia meningkat, selain melalui proses kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh dan pengabaian penjagaan payudara menjadi punca kepada masalah payudara jatuh atau menggeleber.
Antara kesilapan yang lazim dilakukan ialah memilih saiz mangkuk coli yang terlalu kecil atau coli terlalu longgar, hinggakan tisu lemak di bahagian dada mereka ditolak ke belakang badan atau bawah ketiak. Ia boleh menyebabkan payudara kelihatan kendur dan kekurangan sokongan pada payudara juga boleh mengakibatkan rasa sakit di leher, bahu serta tulang belakang. Justeru, Neubodi berusaha membantu mengatasi masalah yang sering dihadapi wanita dengan melatih setiap perunding khas untuk membantu pengguna mencapai transformasi segera ke atas tubuh menerusi pemakaian coli yang betul.
Melalui analisis dan diagnosis yang dilakukan ke atas pengguna, perunding Neubodi akan mencadangkan kepada mereka rekaan dan saiz coli yang sesuai. Ini membolehkan setiap pemakai mencapai kedudukan tubuh yang optimum serta mewujudkan penampilan yang lebih sihat, muda dan langsing.
Setiap pasang coli Neubodi direka unik, dipotong dengan cara tiga dimensi dan dibuat daripada fabrik berbeza serta berkualiti tinggi. Ia juga dijahit dengan tangan agar sesuai, malah padan dengan bentuk badan bagi menyerlahkan kontur yang lebih menarik. Selain itu, ia menawarkan sokongan ideal dan selesa kepada payudara. Neubodi tidak ketinggalan menawarkan coli bersaiz besar daripada mangkuk A hingga I pada tawaran harga berpatutan. Andai mahukan badan yang lurus dan tegak, perut yang kempis, kurangkan kesakitan di bahagian belakang dan bahu serta punggung yang mantap, kunjungi pusat jualan Neubodi di Empire Shopping Gallery (Subang Jaya), Dataran Sunway (Kota Damansara), Tropicana City Mall (Petaling Jaya) dan Hartamas Shopping Centre (Sri Hartamas). Untuk maklumat lanjut, layari www.neubodi.com atau hubungi 03-61408385.
sumber : Hmetro