Mula mula aku berblog .. aku dikenalkan dengan dua tiga nama yang popular dalam dunia blogging ini .. Aku masuk .. aku baca .. cari di mana keistimewaan blog itu .. Cari .. godek .. jumpa ... Hehe.. apa istimewanya blog tu ?? Penulis itu sendiri .. Masa dan kreativitinya ..
Hurm.. aku terfikir .. Kalau itulah keistimewaannya , aku rasa aku pon boleh .. Sbb aku sendiri pon mmg gemar menulis serta aku senantiasa memikirkan cara untuk memajukan diri.. Kalau aku boleh fikirkan itu , bermakna aku boleh fikirkan sesuatu untuk blog aku ini ..
Kemudian aku g lagi ke blog blog yang diceritakan oleh mereka yang mana mampu menjana beribu ringgit sebulan hanya dengan blogging..
Huh.. Aku tak percaya la.. mana mungkin boleh .. Tetapi mereka buktikan dan aku percaya .. Aku terfikir .. kalau mereka berjaya , pasti aku boleh juga kan ? Sbbnya mereka manusia dan aku manusia.. Mereka ada akal dan aku juga begitu.. Jadi apa kelebihan mereka ? Mungkin mereka lebih bernasib baik ..
Tak pe.. Aku percaya Allah Maha Adil lagi Maha Pemurah .. Rezeki mmg DIA yang tentukan tapi kali kita cari dan berdoa senantiasa agar dimurahkan ,insyaAllah.. tak kemana rezeki itu.. Yang penting , usaha !
Aku godek lagi .. cari lagi .. Wah .. ramainya pembaca blog mereka .. Bagaimana nak dapat cam mereka itu ?? Hurm... kena keluar suratkhabar baru boleh popular ??? Huhu.. sapa aku untuk keluar kat suratkhabar ? Patah semangat ? Hurmm... tak mungkin ... kalau tak dapat berpuluh ribu, kita cari la beribu kan ? Gunakan kreativiti yang ada..
Akhirnya .. skang ... setiap bulan pastinya 'NUFFNANG' menjengah..
Dan setiap hari ada bilangan di kotak FOLLOWER aku ini bertambah .. Ini membuktikan bahawa blog aku ini diterima mereka.. Syukur .. Semangat untuk mempertingkatkan blog ini semakin hati semakin bertambah ..
Blog blog yang membuatkan aku terbeliak bijik mata satu tika dulu kini tidak lagi membeliakkan mata aku kerana aku sudah tau apa rahsianya ..
Maka sekarang , segala usaha aku membuahkan hasil .. Berbaloi ker ? Hurm... hurmm... Dengan duit blog aku dah beli kamera dslr , pda dan ... ASB.. hehe.. berbaloi... tak lupa , belanja kawan kawan.. hehe.. rezeki kongsi kongsi la skit kan ..
Semangat untuk memajukan blog ni datang bila idea aku diketepikan oleh blogger blogger lama .. Idea aku dipandang remeh .. Tak pe la.. Kalau mereka tak nak , biarlah yang baru ni nak.. Maka blogger blogger baru inilah yang menaikkan aku.. Sbb itulah aku tak lupakan jasa mereka.. Setiap blogger baru muncul dan minta pendapat atau tips dari aku maka aku dengah sukarela mengongsikannya.. hehe.. nak rugi apa kan ?
Ini bermakna.. sebenarnya semangat berblog aku ni datangnya dari blogger blogger baru .. Aku taknak di puji jauh sekali di puja.. cukuplah bagi aku mereka berjaya bergerak sendiri tanpa di tolak oleh blogger lama.. itu dah cukup membanggakan aku ..
Dan paling utama sepanjang aku berblog ini ialah persahabatan .. Persahabatan yang terbina dengan blogger blogger dunia masakan mmg amat mengembirakan aku.. Aku berjaya menyatukan dua dunia menjadi satu dunia .. Masakan dan personal ..
Kalau tak caya , korang cuba la berkawan dengan blogger masakan.. sangat sangat berbaloi... Mereka akan jadi kawan , kakak mahu pun ibu buat kita tatkala kita memerlukan kawan untuk berbual.. hehe.. Terima kasih ..
OK la.. tu je... letih nak bebel .. nak mop umah lak.. malam nak g tengok wayang kat ALAMANDA.. Walaupun boikot , g tetap g alamanda.. hehehe..