Huih ! Kejam tajuk kan ? Pasti ramai masuk nak baca kenapa ngan aku ni kan ? Rileks... cool.. tenangkan diri.. Tarik nafas dalam dalam ..
Tadi ada satu soalan berkaitan entri idea aku tu.. Aku meluahkan apa saja dalam isihati aku tu kan ? Ya betul .. apa saja yang terbuku dlm hati aku ni ... Tapi ingat !!! Ingat bahawa 'ada mata yang memandang ' dan menilai kualiti blog dan tulisan kita ..
Aku sendiri pon terbabas bila meluahkan perasaan seperti penggunaan bahasa yang tak sepatutnya aku tulis dalam blog ni .. Tapi bak kata orang , makin lama kita menulis makin memahami kehendak pembaca dan semakin berhati hati .. nak kata bagus tu , tak tau la.. takde cikgu yang tanda dan bagi markah lak kan ? hehe..
Ok... menjawab persoalan tadi tu , boleh meluahkan tapi gunakan bahasa dan perkataan yang enak dibaca .. Kita ingat blog kita ni kawan kita je baca .. mana la tau ada budak budak sekolah baca gak .. Cam blog aku ni , dulu aku target kawan kawan FB je baca .. top top ? Ada gak budak sekolah baca .. haa.. ok la kan ?
Nak luah perasaan tu boleh .. tapi berpada pada .. jangan lupa , blog mencerminkan blogger tu sendiri ... setiap kata yang keluar adalah dari hatinya .. ;)