Ada keyword HD2 dalam nuffnang aku .. Mungkin dia nak cari info sesiapa yang pernah guna HD2 ni .. hurm.. aku guna.. maka nak kongsi la skit ..
Aku baru guna HTC HD2 ni dalam sebulan lebih .. Sebelum ini aku guna TYTN 2 selama 3 tahun sehinggalah skrinnya pecah disebabkan terjatuh atas lantai yang mana batunya kalau kena kat kepala pastinya pecah juga .. haaa... TYTN2 dah berkali kali jatuh tapi , ok je.. mmg tahan lasak dan stabil sekali ..
Skrin yang pecah tu kalau dibaikpulih , kosnya cuma dalam RM300 lebih jer .. Yang bagusnya , aku beli kedua dua hp ni kat PDA EXPERT LOW YATT PLAZA .. Segala perisiannya adalah dijamin sepanjang umur hp tu.. kalau software corrupt , mereka akan reinstall segalanya , PERCUMA.. FOC .. Mereka hanya akan rujuk pada bahagian dalam hp tu untuk melihat trademark mereka .
Bagi aku TYTN 2 terbaik di zamannya .. hehe .. Ok... HD2 ni lak .. Semalam aku compare dengan HD7 .. Aku batalkan niat aku nak sambar HD7 disebabkan beberapa kelebihan HD2 tiada di HD7 .. antaranya WIFI ROUTER .. dalam HD2 ada .. hanya perlu hidupkan router itu dan mana mana laptop yang mempunyai WIFi boleh berkongsi menggunakanya..
Dulu , aku ada masalah dengan connection dirumah aku.. CELCOM mahupun MAXIS tidak begitu cantik di ruang tamu aku .. blind spot kata mereka .. Dengan adanya HD2 ni , aku hanya perlu hidupkan router , dan tinggalkan hp ni di bilik tidur utama yang mana coverage dia cantik sekali .. aku bolehlah online di ruang tamu tanpa sebarang masalah ..
Gambar ? Ada yang tanya aku kualiti gambar.. disini aku letak beberapa keping gambar yang aku upload terus ke FB dengan menggunakan HD2 ..
Ok.. banyak lagi yang bagus tentang HD2 ni.. kiranya aku tak menyesal la beli.. sayang wooooo .. Kalau nak tau spec dia yang lain , boleh la rujuk kat sini