Baru aku tersedar .. Beberapa gathering yang dibuat oleh kumpulan kumpulan blogger kebelakangan ini banyak menyatukan blogger blogger di malaysia .. Aman seketika kan ?
Walaupun ada yang cuba mengoncangkan keamanan ini , namun cepat cepat dikuatkan kembali .. Tahniah buat kita semua !! Kewujudan beberapa group blogger di FACEBOOK menambahkan lagi kedamaian ini ..
Namun begitu , ada rakan seperjuangan kita berlainan nasib.. Miliknya telah dirompak ! Kemudian dijadikan sumber pendapatan bernilai ribuan ringgit .. Sungguh tidak patut !!
Inilah nasib mereka yang cuba berkarya secara jujur dan ikhlas tapi ada je lanun mengambil kesempatan terhadap mereka mereka ini .. Apakah tiada lagi amanah serta sikap tanggungjawab dalam diri ? Apakah mata itu dibutakan hanya kerana wang ringgit ? Tak dinafikan lagi.. Semoga Allah memberi hidayah padanya dan buat sahabat kita , bersabarlah .. gunakan saluran yang betul untuk memperjuangkan hak anda !
Bloggers ... kekalkan kedamaian ini dan berbloglah dengan gembira .. Beri info serta berdakwahlah sesama kita .. InsyaAllah ..