Dua entri aku sebelum ini .. aku katakan aku dah berjaya.. Maksud aku di situ ialah berjaya mempraktikkan promosi blog secara besar besaran .. Tapi dari sudut penulisan , aku masih jauh sangat ketinggalan ..
Berjaya.. sekalipon kalu muka aku dah keluar suratkhabar dan berpendapat ribuan ringgit hasil dari blog , aku tau dimana kemampuan aku menulis .. Untuk bergelar blogger berjaya , 1% pon belum lagi ..
Bagi aku , untuk menjadi blogger yang dikatakan berjaya , setiap isi perlulah disokongi dengan dalil atau fakta fakta yang tepat .. Perlu ada bukti agar penyampaian maklumat itu lebih jelas dan jitu .. Mereka yang membacanya pon tidak akan was was ..
Sebab itu bila mereka kata aku blogger yang dah berjaya , maka aku malu.. Aku tak berjaya langsung .. Popular ? Sama sekali tidak .. Hanya mereka yang pernah membaca blog aku saja mengetahui tentang kewudjuan aku .
Popularkah aku ? Popularkan anda ? di mana pengorbanan yang sepatutnya anda lakukan bila bergelar blogger ? Demi ? Agama , negara atau bangsakah ?