Nuffnang , Innity dan Adverlets .. 3 ni , aku pernah pasang serentak diblog aku .. Mereka nampak aku cam giler $$ masa tu .. hehehe .. Masa tu aku baru dalam 5-6 bulan .. Dah dapat pakai Innity.. Best kan ? Nak pakai Innity masa tu kena dapat berapa puluh ribu UV sebulan .. hurm.. mmg bangga la .. Masa tu laaaa !
Terikut ikut dengan mereka tapi bukan salah mereka .. salahkan diri sendiri .. Tu yang berlaku pada aku di samping nak buat kajian , company mana yang tulus dan pantas membuat bayaran ..
Nak kata apa.. dah mereka kata berblog dapat duit , aku pon mencubanya .. Hasil kajian selama beberapa bulan , akhirnya aku dapat jawapan ...
Jawapan yang membawa kepada aku hari ini .. Jangan terkejar kejar ! Iklan akan datang sendirinya pada kita jika pengiklan dapati blog kita sesuai untuk mereka ..
Hurm.. suasana blogging masa tu berlainan sekali .. Masing masing dengan agenda tersendiri .. Menaikkan rating .. terkejar ranking .. trafik .. hurm... aku sendiri pon terikut .. Cuma aku dengan cara aku tersendiri .. iaitu SEGMEN ..
Pengajaran yang aku dapat selama setahun berblog , senyum dan bergembiralah ... Jika ada rezeki , maka itulah rezeki kita .. Jika rezeki kita dalam bentuk persahabatan , maka hargainya .. Sapa tahu dengan persahabatan membuahkan hasil yang lumayan , kan ?