Sesungguhnya benar kata kata tersebut ... "Pengalaman mematangkan kita " .. tak kira dalam apa jua bidang kita ceburi ataupun kehidupan seharian kita , segalanya memerlukan pengalaman.. ilmu akan datang setelah pengalaman itu diproses dengan jayanya .. Eceh.. Berbeza ok ! Ilmu yang dipelajari dengan ilmu yang diperolehi dari pengalaman ..
Dua tiga hari ini , dunia blog sebelah timur ni ( belah lain ok je kot ) , bergoncang sedikit gara gara kutukan ( bukan kritikan ) blogger blogger yang terlebih ' cerdik ' ni .. tapi kita patut berterima kasih kepada mereka , sekurang-kurangnya selepas ini ramai blogger akan berhati hati terhadap penulisan serta penampilan mereka ..
Aku ? Hehe... lama dah merasai pengalaman ni ... sbb tu aku tak layan.. Cuma skit skit je saja panaskan lagi keadaan.. Best gak tengok diorg lak melatah .. hahaha...
Sebagai blogger ... mental kena kuat .. Semua blogger pasti kena kutuk dan kritik .. Cuma jika melampaui batasan , tindakan sewajarnya boleh diambil seperti melaporkan kepada pihak berwajib ( SKMM dan PDRM ) dan menyaman malu .. Jangan ingat mereka tak boleh mengesan IP mereka ni.. Semua ni ciptaan manusia jer .. banyak kelemahan ..
Jadi , kes kes seperti ini janganlah melemahkan semangat kita untuk terus berjuang dlm bidang blogging ini .. Biarkan mereka dengan cara mereka ... Mereka itu cuma kunang kunang yang menyerikan lagi malam kita .. kan kan ?