Kalau g gym je mesti ingat nak jadi bodybuilder pastu nak masuk pertandingan kan ? Tak leh pk orang yang g gym tu sebenarnya nak beriadah dan menjaga kesihatan ? Perlu pk asik nak jadi bodybuilder je ?
Sama gak kalau kita buat blog ... Jangan ingat bila nak berblog jer mesti pk nak popular , cari bf , atau nak buat duit .. Bab duit tu , rezeki.. kalau Allah nak beri atas usaha kita , sesungguhnya itu adalah hakNya.. Jangan persoalkan.. bersyukur jelah ..
Bila update blog... pasti kita akan terfikir... ada ke orang nak baca ? Kang kalau takde orang nak baca , camana ? Sapa nak baca entri macam ni ? Atau , best ke entri aku ni ?
OK.. gini .. kalau dok pk sapa nak baca atau ada ke orang nak baca ke kan , korang anggap setiap kali korang update entri tu , satu latihan memperbaiki mutu penulisan korang ..
Masa nilah nak tau samada korang kreatif atau tidak .. Amik contoh , korang baru beli sehelai baju di pasar malam .. rasa rasa ada tak orang nak baca ? Mesti takde punya kan ? Cuba jadikannya satu entri menarik ! Bagaimana nak tarik orang baca entri tu dan tersenyum selepas membacanya ! Macam Raja Lawak , diberi apa saja bahan , mereka mampu menjadikannya cerita ..
Jadi kreatif !