Bila disebut TUN Dr. MAHATHIR bin Mohammad ... Berapa ramai akan menyanjung dia ? Tetapi berapa ramai pulak akan mengeji dia ? Persoalannya.. kenapa dia di keji ? Ramai akan mengeji dia kerana politik ... Tapi bila diminta imbangkan dengan jasanya , apakah orang itu akan melakukannya ? Aku pasti tidak ..
Blog BEN ASHAARI.COM .. sebuah blog biasa... Tiada apa yang menariknya bukan ? Mmg takde !! Kenapa takde ?? Sbb dibandingkan dengan blog blog yang lebih ilmiah.. mmg dah tentu blog aku cicir kebelakang .. Kenapa kena banding dengan blog tersebut ? Siapa aku dan siapa blogger tersebut ? Apakah taraf kami serupa ? Apakah cerita kami serupa ?
Kenapa dipandang dari sudut entri ? Entri berkualiti , berilmiah dan berinfo sahajakah boleh dibaca oleh pembaca di dunia maya ini ? Lihat kedai buku... Ada pelbagai majalah yang terjual .. di situ jugak ada jual komik .. Yang mana akan kita sambar dulu ? Terpulang pada citarasa masing masing la ! Kenapa nak persoalkan kalau aku baca komik sedangkan aku pakai tali leher ??
Mmg lumrah kita .. pasti cari yang buruk untuk tutup kelemahan kita agar mereka setanding dengan kita .. Terima je la hakikat , rezeki kita , Allah tentukan .. usahalah sendiri untuk menikmati kejayaan ..
Aku bukan semalam buat blog .. Setiap hari aku berjaga sehingga 1-2 pagi untuk update blog .. Setiap hari aku perlu angkat besi untuk maintain otot ... Aku bukan takat bergambar dengan blogger popular untuk mengecap kejayaan ! AKU BURU KEJAYAAN ITU !!
Salahkah jika mereka kagumi kejayaan aku ? Mereka juga ingin menikmatinya ... Aku tidak layan mereka seperti peminat dan mereka juga bukan memuja aku apatah lagi fanatik ! Jangan bersikap buruk sangka ..
Sampai bila nak sedar pon tak tau .. Tengok blog sendiri ... analisa sendiri... amik gambar blog sendiri .. Pacak muka sendiri .. Kalau tak fotogenik , bawak bawak sedar diri ..