Mimpi ngeri yang seolah-olah benar walaupun aku sedar ianya cuma mimpi ..
* "Apabila salah seorang dari kamu melihat mimpi yg disukainya, sesungguhnya ia daripada Allah, maka khabarkanlah kpd org lain, dan sekiranya dia melihat sebaliknya dari apa yg dibencinya, sesungguhnya ia daripada Syaitan, maka beristi'azahlah (mmbaca AUZUBILLAHI MINAS SYAITONIR RAJIM), dan janganlah menceritakan kpd org, tiadalah ia (mimpi) dapat memudaratkannya.."
(Sahih Al-Bukhari dan Muslim, Lafaz hadith adalah bagi Al-Bukhari)
Aku atas bot... ramai lagi atas bot.. Destinasi ketika itu aku tak pasti.. Sedang bot bergerak , entah dari mana datang ombak besar lalu menghempas bot yang aku naik tu..
Aku tercampak .. laut di depan aku... " Ya Allah .. apakah aku akan mati lemas hari ini .. ? " Hati aku berdetik memandangkan aku tak reti berenang dan tidak memakai jaket keselamatan ..
Tiba-tiba ada satu tangan menghulur dan dengan cepat aku menangkap tangan itu .. Aku tercampak berhampiran dengan jeti .. Syukur , alhamdulillah.. lega sangat sangat.. aku tak nak mati lagi tika itu ..
Aku naik ke jeti dan memandang ke belakang .. Perhatikan bot yang semakin karam akibat dimasuki air dan beberapa bot penyelamat sedang menjalankan operasi menyelamat ..
Walaupun ianya cuma mimpi .. tapi saat aku tercampak ke laut itu benar benar menakutkan .. Aku tau aku mimpi tetapi aku tak nak terjaga.. Aku ingin sekali merasa ketakutan itu ..
Dan ianya benar , sangat menakutkan ..
* penambahan : Terima Kasih Mr Frecky