" Ler .. tu tajuk ke entri ? Tajuk kalah entri ! Hahahaha .. "
Alhamdulillah .. Kelab Blogger yang aku bina setahun yang lalu telah mencapai lebih 11 ribu ahli .. Satu jumlah yang masih dibawah sasaran aku .. Heheh.. Sasaran aku ialah 20 ribu sehingga hujung tahun ini ..
Klik gambar tu untuk join .. Ajak kawan kawan lagi..
Logo kat atas ni akan bertukar nanti.. Tungguuu .... Ok sambung .. Sasaran aku bukan sekadar blogger je .. Kalau boleh mereka yang bukan blogger pon join kelab ini.. Kenapa ? Macam macam cerita ada !! Kalah ASTERUK tu haa.. ni tak payah langgan apa apa pakej dah .. Klik dan baca .. Dosa dan Pahala .. haaa.. tak susah kan ?
Kenapa dosa dan pahala? Sama cam rancangan di tv , ada blogger tak kisahkan dosa dan dan pahala.. yang diorg tahu , trafik , nuffnang dan komen .. Tak pe.. satu hari nanti , diorg sedar erti berblogging ni .. InsyaAllah ..
Blogger giler glamer ? Hurm.. kalau dulu , aku dok lepak kat group group blogger , mmg nampak ramai teringin nak jadi AARON AZIZ .. nak jadi LISA SURIHANI tapi yang nyata takat pelakon opera jer kawasan taman ..
Maaf tapi inilah kenyataannya .. Aku sendiri pon sedang berusaha untuk menaikkan blog aku .. Saban hari memikirkan cara untuk perbaiki mutu blog , entri serta promosi .. Kalau takat dok berchatting dalam group dan perasan dah cukup glamer , hurm... Fikirkan semula ..
Group aku , KELAB BLOGGER BEN ASHAARI sejak dinaikkan taraf , aku sememang bagi amaran keras .. Tiada blogger popular mahupun otai dalam group ini.. Semua sama level ! Kalau rasa popular atau otai , maka tak perlu nak promosi entri kat sini .. Mudah bukan ?
Bukan saja di group aku malah di group KAMI SI BLOGGER , BLOGGER PING , pon begitu jugak .. Mereka masuk , tinggalkan url dan keluar.. Hanya sesekali saja mereka berborak untuk bertanya khabar dan bertukar pendapat .. Untuk mengarut ? Setakat ni , alhamdulillah.. tak de .. Jangan terasa yer .. Ini hakikat .. sila perhatikan semula ..
Pengalaman aku dalam dunia maya ni lebih lagi bila berkumpulan begini , mmg akan ada pepecahan .. Seolah olah ada syif ! Pagi ,group lain.. Petang, group lain.. Malam , group lain .. Kesan ? Pepecahan akan berlaku dan akan tertubuh group lain maka bermulalah perang psikologi padahal blogger jer .. Kiri kanan sama je ..
Jadi , sama sama kita fikirkan semula niat kita sebagai blogger .. Mahukan perpaduan , penyatuan atau teringin nak berdiri di atas singgahsana dan bergelar BLOGGER TERPOPULAR / DIVA tapi balik rumah cari nasik dan ikan masin gak ...
IKLAN