Maaf incik kerajaan .. bukan anti kerajaan .. Saya pon kerajaan gak .. hehehe.. tapi bukanlah kerajaan yang ada kuasa .. sekadar kerajaaan yang pegang MYKAD bercatit WARGANEGARA MALAYSIA ..
Gini citernya incik kerajaan .. Aku agak pelik skit .. bukan apa , bila sesetengah pihak atau individu bila mengemukakan pandangan atau pendapat , terus dikatakan ugut .. Sila amik tindakan ! Polis , sila siasat .. kan ? Tak kisah la.. tu hak kerajaan ( kononnya la ) ..
Tapi ni kes ASTRO naikkan caj ni apa kes ??? Walaupun larangan dibuat , tapi suka suka diorng naikkan gak .. Tindakan ??? Nanti kami bawak masuk mesyuarat .. Sementara nak tunggu kata putus , bayar tetap bayar.. Tamo bayar , kasi potong.. Mau on balik , sila bayar denda.. GILA KE APA ???
Ni nak potong pon makan masa.. sebulan baru leh potong .. kira notis sebulan la.. pastu suruh antar balik kad.. kalau tak kena denda lagi.. Woii.. dah la bawak laju kena saman.. Makan kat kedai pon ada service caj .. Ni dok denda denda ni apa kehenya ??? Ingat budak sekolah ke dok denda denda ni ??
Wahai incik kerajaan.. sekali lagi ampun maaf .. jangan ISAkan saya atau tutup blog ini.. ini cuma luahan hati jer.. Keadilan perlu ditegakkan sebelum PRU nanti.. kalau tak , nanti ramai merajuk wooo.. Kami tak nak berarak.. penat nak berarak ler ..
Takkan nak libatkan NGO kot ? ala.. apa guna ada menteri serta pegawai-pegawai mereka yang prihatin terhadap nasib rakyat yang macam kami ni , hanya mampu berhibur melalui kaca television ni je ?