Makin lama makin pelik .. Aku seolah olah berada dalam dunia yang mana wanita semakin terkejar kejar kemodenan dalam berpakaian , gitu .. huhu..
Jangan marah yer .. Lelaki punya fesyen aku rasa lebih pada rambut .. Rambut yang kerap ditiru skang ni ialah fesyen dari negara Korea dan Jepun .. Diorg mungkin sesuai dengan ketinggian , mata sepet dan kulit putih .. Kira nampak sesuai la.. Kita ? Hang pikiaq la sendiri ! Elok elok dah nampak macho , bila tiru .. dah nampak cam pochong..
Bab wanita ni .. Fesyen ... aku tak nak bicara yang soal wanita tidak menutup aurat.. Sememangnya mereka tau akan isu mereka dengan Allah .. Ni haa.. wanita yang menutup kepala mereka ni dengan pelbagai jenis kain di atas kepala mereka ..
Memang benar Islam tidak melarang wanita bergaya .. tapi kot ya pon , jangan la sampai orang yang lalu sebelah tu terpusing kepala cam burung hantu tu haaaa... Bukan cantik tapi nampak cam badut sarkes !
Maaf.. betul .. aku cakap bukan nak malukan mereka tapi nak bagitau apa yang aku rasa bila nampak mereka tu haa... Aku rasa bukan aku sorang je gitu .. Ramai lagi berkata demikian dalam hati tu..
Cemburu ?? Haih.. serius tak.. Korang tu cantik dahhh.. Sumpah!!! Cantik dah dengan tudung biasa tu.. Dengan mekap biasa tu.. Tapi bila dah diserabutkan dengan pelbagai jenis kain tu , nampak macam makcik makcik zaman mak aku tu nak g mandi ke sungai.. Ala style sanggulkan kepala ngan kain basahan tu haa..
Gini la.. Aku tau hak korang nak bergaya .. Aku tak kisah.. Cuma aku nak bagitau apa perasaan aku dan bagaimana pandangan mereka yang bukan sebangsa dan seagama aku terhadap perempuan melayu Islam dalam mengayakan kain di kepala tu ..
Maaf.. mungkin aku ketinggalan zaman... tapi aku puas dah cerminkan diri.. Dan aku rasa , fesyen Wardina tu ayu dah .. Akak Heliza pon kadang kadang ok.. kadang kadang penuh kain gak.. hahahaha.. Sori yer Ija.. Fenin tengok wooo...
Sekali lagi .. ampun maaf.. jika terkasar bahasa , harap dimaafkan .. Jangan buat Fan Page Anti BEN ASHAARI lak .. aku cuma habaq je.. kalau aku tak habaq ,sapa lagi nak habaq ?? Yang lain pakat dok tepuk tangan , puji kata cantik tapi kutuk dalam hati.. wat pe kan ?