Semalam , ada sahabat mengirim email kat aku .. Bagi tau ada isu panas .. Aku buka email tu melalui hp jer.. malas nak buka netbook aku.. huhu ..
" Video berkenaan JAIS menyerbu gereja di Damansara Utama " (link)
Terus aku buka netbook dan buat entri ringkas mengenai video tersebut dan memberi backlink kepada sahabat aku tu .. Kemudian , naik atas ... bersedia untuk titon ..
Saja aku nak check berapa ramai online ... " 800 ++ " dan terus meningkat .. Aku tengok jumlah Visitors , untuk kali pertamanya tak sampai sejam dah cakap 1000++ dan terus meningkat dengan jayanya ..
Pagi-pagi , aku tengok ..dah lebih 3 ribu lebih UV .. hurmm... Patut la ramai suka main isu panas ni .. Trafik mudah .. huhu... Kalau ikutkan trafik aku ni , kul 4 petang gitu baru leh cecah 4 ribu lebih UV ..
Ini kali kedua blog aku capai 1000 online .. Kali pertama dulu kes kemalangan arwah Achik Spin .. Mmg kaw kaw panas punya .. Hurm.. Dalam entri tu sekadar menyampaikan berita mengenai kemalangan tersebut .. Tu jer .. Tak de gossip gossip punya ar ..
Dan kalau ikutkan aku , hari ni aku tak yah dah update blog langsung .. Aku leh pusing berkali kali entri video tu , tapi aku tak suka.. Aku tetap nak post entri .. Huhu..
Dan tadi , aku ulang kenakalan aku dengan buat entri 'bang bang boom ' rakan rakan .. Hehehhe.. jangan marah yer.. sesekali bergurau , apa salahnya kan ? Takkan nak main isu panas dengan muka berkerut je kan ?
Maksud aku disini ialah , segalanya bukan kerana trafik tetapi adalah kerana minat !