"Saya tidak faham mengapa ada pihak boleh mengatakan saya menghina agama saya kerana penggunaan kalimah tersebut dalam Apa Celop.
"Hanya kerana watak mat rempit yang mengucapkan kata-kata itu, terus saya dituduh menghina Islam, ia membuatkan saya berasa sedih," ujarnya kepada mStar Online.
Ini pendapat aku la yer .. Maaf la En. Ahmad Idham. Aku tau anda seorang pengarah yang berkaliber dan bagus .. Takde TAPI .. Memang anda tip top ..
Isu penggunaan perkataan APA CELOP tu pada tajuk drama dan dialog amatlah tidak sesuai sekali kerana kerajaan sedang giat berusaha memperbetulkan penggunaan bahasa di kalangan rakyat Malaysia ..
Yer , mmg mat rempit yang guna . Tapi kenapa nak diperbesarkan sehingga menjadi drama ? Aku tau niat anda untuk memberi kesedaran. Rasanya dengan mendedahkan kebenaran apa yang berlaku di luar sana itu , tidak sama sekali akan memberi impak pada si kecil yang tonton tv tu mahupun si remaja ! Mereka belum mampu memproses data data yang masuk ke dalam kepala mereka seperti mana orang dewasa mengolahnya .
Sebagai pembikin karya ternama di negara ni , aku rasa anda mampu buat sesuatu pembaharuan dalam industri lakonan di negara kita ni dan bukannya mengambil segala kejadian di sekeliling masyarakat kita lalu dijadikan drama mahupun filem .
Tugas anda ialah mengubahnya ! Bagaimana filem asing mampu memberi impak pada rakyat di negara kita hanya dengan menonton filem atau drama mereka ? K-Pop , street dance sebagai contoh .. Atau filem filem animasi yg membuatkan peminatnya di sini jadi satu kegilaan.
Tapi apa yang aku nampak , kita cuma mampu kaut kejadian yang dah sedia wujud. Itukah kreativiti seorang pembikin filem ? Itu saja ? Ambik contoh KRU yang seringkali cuba membawa perubahan dalam idea mereka. Satu kelainan yang mana penonton pon boleh terasa uniknya filem itu walaupun ada kalanya nampak ‘ganjil’ sedikit namun yang penting adalah usaha !
Bagaimana seorang ibu atau bapa mahupun guru nak jelaskan pada anak mereka maksud APA CELOP tu ? Nak kata itu bahasa mat rempit ? Kenapa nak dedahkan golongan mat rempit ini pada masyarakat sedangkan masyarakat di malaysia ni lama dah tau akan kewujudan mereka . Nak popularkan mereka atau sedarkan mereka ? Tak kisah la kan .. duit anda kan ?
Aku tak kisah pon anda nak bikin cerita tentang apa sekali pon .. Aku dah bagi buah fikiran aku mengenai citarasa masyarakat yang kembali mula memilih drama/filem untuk ditonton di wayang atau download jer di internet ..
Haa .. satu lagi .. Star Wars.. Kali pertama aku tonton filem tu , aku tertanya , apakah akan wujud komputer sebegitu rupa ? Waktu tu , tahun 80an tak silap aku .. Dengan idea kereta secanggih itu ? Atau pedang laser ? Mereka merekanya dalam filem tetapi ada yang berjaya menjadikannya kenyataan . Dari filem jadi realiti ! Dari sekadar rekaan menjadi kegunaan masa kini. Faham tak maksud aku ni ?
Kita ? Tolong fikirkan la hala tuju masyarakat kita ni terutama bangsa melayu yang tak abis abis disuapkan dengan cerita cerita french fries !
Maaf.. Bukan menghina . Sekadar pendapat. Takde caci maki kan ? Terima kasih.
Ada pembikin filem berpegang pada .. NAK TONTON , TONTON … TAK NAK SUDAH ! TUTUP TV .. Patutkah ?