BEN ASHAARI



Selepas beberapa hari GENGBLOGGER.COM down , blog aku lak down ! Ni bukan disebabkan masalah teknikal yang dibuat dek server atau dihack oleh mana mana pengodam tetapi disebabkan line broadband aku disekat dek operator hijau putih !!

Aku cukup bengang giler dengan service dia ... Katanya postpaid .. Had limit aku ialah RM250 ..bila dah nak cakap had limit , mereka akan maklumatkan dan kemudiannya disekat ... Last last semalam diorang sekat ... Tak kisah la dah sekat..bukan tak biasa kena sekat .. tapi masalahnya ialah... jumlah yang kena bayar tu !! Korang tau berapa ??? RM900 lebih !! Diorng leh kata disebabkan aku guna internet thru hp ... Diorg kata aku guna dah capai lebih 5000kb persamaan RM5000 !!! Masuk akal tak ??? Aku guna operator ni dah hampir tahun persamaan umur hp aku ni dan selama itu jugak laaaa aku guna internet thru hp aku ni !

Persoalan yang akan aku bawak pergi tanya kat centre diorg ni nanti ialah :

1) Kata postpaid dan had limit ialah RM250 . Kenapa bila dah capai beribu ringgit baru nak sekat ????

2 ) Kenapa sebelum ini tak sampai had limit tu pun ?? 3 tahun !!

3 ) Mana dia amaran tentang had limit yang mana katanya akan dihantar melalui sms ?

4 ) Kalau dah sampai RM5000 kenapa tiba tiba kos leh jadi RM900 yang mana itu jumlah yang perlu dibayar sekarang ini ?


Aku akan pergi ke center di KLCC dalam masa terdekat ini ! Aku nak tutup akaun yang mana servicenya sangat teruk ! Bayangkan , line dah disekat terus , nak telefon centre pun kena bayar !! Kena guna toll free 1 800 XXXXXX atau dail 03 -XXXXXXXXX ..Camana kalau nak kalau disekat ? Kalau kereta mati tengah jalan dan telefon lak disekat , camana nak call center untuk minta unbar buat sementara .. Bayangkan laa... , aku guna 3 tahun dan bayar setiap bulan tanpa hutang !! Tiba tiba terus disekat gitu !! Takde keistimewaan langsung guna operator ni ! Huh !
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Disebabkan player DVD aku rosak semalam , maka ari ni aku abiskan masa dengan tido ... Baru jap tadi g tukar player LG tu ..huhu...OPEN boleh.. nak CLOSE tarak boleh..

Jadi tadi g amik wife , terus g ALAMANDA... Bawak player tu .. kira nak suruh repair sebab masih dalam waranti ... Ermm.. sampai situ je.. aku serahkan player tu pada salah seorang staff SENG HENG ... Sementara tunggu dia nak check , aku merayau dalam tu .. hehehe... Pastu staff tu datang , mintak IC wife aku... sebab belian dibuat atas nama dia .. ok jee...

Pastu dia tanya aku ..remote n kabel bawak tak ? Aku pelik laa.. nape lak nak sampai semua tu.. yang rosak player je... Orang tu beritahu yang diorng nak tukar semua set baru !!! Waaaa... Aku dapat set baru tuuuu !! Aku beli Disember lalu ... ni dah Mac... boleh dapat set baru tuu disebabkan rosak ... waaa...

Aku tanya dia nape leh dapat set baru ? Dia jelaskan .. kalau beli barang bawah RM500 , mereka akan tawarkan waranti 5 tahun atau dipanggil RW ...sebarang kerosakkan , akan digantikan serta merta !! Tapi dengan syarat , bawak semua set tu..kalau rosak tu remote , kita bawak remote , dia bagi remote jee... hehehe..nak selamat , bawak semua set tu !!

hahahha....boleh sambunG tengok 24 !!!
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Hahaha..mmg best mata ni...setelah berhari hari hari hari lamanya asik bangun awal , ari ni lepas antar wife g kije , aku menyambung tidurku .... leeennnaaa ....kul 230 petang baru bangun

Mesti korang tertanya aku mimpi apa sampai tak sedar tu kan ..hahahaha ...lawak giler mimpi aku.

Aku jadi pilot helikopter !!


Macam ni la heli nyer..sejibik !! hahahaha .. Jabatan aku tak guna dah keta Nissan X-Trail tu ... ke mana mana guna heli jer ...hahahah ...

Yang bestnya , pemandu jabatan benarkan aku bawa heli tu buat kali pertama ....hahaha... memandangkan aku pernah bawak heli ( dalam mimpi tu la ) , dia kasi la .. Seingat aku , aku baru pas g workout , jadi aku tersangat la penat ... Namun aku nak pandu gak heli tu ...wa wa wa...

Bila dapat je 'stering' heli tu kat tangan aku , aku pandu dia giler giler ..antara aksi yang aku yang aku lakukan dalam mimpi tersebut ialah sejibik cam gambar bawak ni !!

hhahahah...pemandu heli tu mengamuk n kecut giler bila aku buat gitu ... Padahal aku buat tu tak sengaja... tangan aku berpeluh ketika tu.. tak boleh nak kawal ...so heli tu terbang rendah di celah celah bas sekolah , kereta kereta ( awek tengok terpukau .. hahahah ) .. padahal aku mengigil gak sebab tak boleh nak kawal .... yang bestnya .... seat pilot n co pilot ni , bukannya duduk..berdiri sambil pegang stering .. hahaha.. tak bleh blaahhh

Last last aku tersedar .. sebab perut berbunyi ... lapar la pulak ...hahahahha ... tu je la aku mimpi .. hahahahha..bengong..
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Memandangkan sampai sekarang Kong masih belum selesai memindahkan web GENGBLOGGER.COM ke server baru , aku yakin ramai tercari cari nak promosi n3 terbaru mereka ...
Seperti yang pernah aku cakap dulu , aku pernah buat satu group dalam FB iaitu 'KELAB BLOGGER' (sila klik ) yang mana ada kawan kawan di GB dah pun rajin mempromosi n3 terbaru mereka selain di GB ..
Walaupun tak secanggih GB tapi KELAB BLOGGER ini sedikit sebanyak boleh mengumpul rakan rakan blogger yang lain .. Jika berlaku masalah teknikal di GB di waktu lain , maka senang maklumat terkini segera disalurkan oleh rakan rakan GB ...

Aku harap Kong dapat selesaikan masalah GB dengan secepat mungkin ... Hurmmm

p/s : Tolong war warkan pada rakan GB yg lain ..
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Aku sedang mengemaskini blog aku ... Seorang diri ... tingkap bilik di hadapan aku terbentang luas.. Angin malam menghembus lembut ke pipi aku ... Ermm... nak jengok ke luar , aku segan .. hehe.. kot kot ternampak sesuatu yang tak patut aku nampak , leh pengsan aku ... Bukan takut , segan jer ...

Tiba tiba aku terdengar bunyi anjing ... seperti kesakitan ..betul betul di bawah rumah... yakni di laman belakang rumah aku ni ... Ermmm ..nak jengok ke tak ? Aku pegang kamera ... Kamera dihidupkan ... Aku bangun dari kerusi ... Huh... Ada bunyik lain pulak !! Senada seirama ... Aku pandang ke kiri aku ... Oh.... suara datang dari katil ..hehe..biarkan je ..

Aku jengok ke tingkap ... Erk... Aku tak mampu tekan flash... Aku kembali duduk ... Aku tak percaya apa yang aku nampak sebentar tadi !!! Huwaaaa...
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Kes 1 : Ahmad mempunyai akaun Facebook dan isterinya mengetahui tentang itu . Cuma isterinya tidak tahu ialah Ahmad ini gemar mengorat perempuan di dalam Facebook itu ..

Satu hari , tergerak isterinya memeriksa akaun Facebook milik suaminya.. Dalam diam diam dia membaca wall di Facebook suaminya itu .. Terbeliak dia melihat komen komen yang ada di wall Facebook tersebut .. Tetapi dia tetap tenangkan diri .. Dibacanya satu satu ... huhu... Ada hati suaminya nak ngorat perempuan ! Lalu dia pun meninggalkan komen di salah satu status di wall itu .. Komennya ialah " Yang ada skarang ni pun tercungap cungap .. nasib baik la dok mkn suppliment ! Ada hati nak kawin lain ! "


Kes 2 : Ahmad bercadang nak menikah lagi sorang .. Cuma dia tak tau bagaimana nak beritahu pada isterinya .. Lalu timbul satu idea ..

Bulan pertama , dia telah menempah sekeping kad kawin yang mana di kad kawin itu tertera namanya dan nama seorang wanita berserta tarikh.. Lalu diposnya kepada dirinya sendiri ...

Sehari kemudian , kad itu sampai ke rumahnya. Isterinya membuka kad tersebut lalu melenting .. Ahmad dengan tenangnya memberitahu , ada orang cuba menganiaya dirinya .. Diberitahu pada isterinya itu , jika tidak percaya pada kata katanya itu , lihatlah tarikh perkahwinan itu.. Bukankah tarikh itu tarikh mereka berdua akan pergi bercuti ? Ermmm.... Isterinya percaya walaupun pada mulanya meradang .. Bila tiba tarikh tersebut , mereka benar benar pergi bercuti ..

Bulan berikutnya , Ahmad mengepos lagi kad kawin yang baru ... Nama perempuan pun lain gak ... Isterinya yang menerima kad tersebut , mengamuk lagi ! Seperti alasan pertama , Ahmad memberitahu tarikh yang tertera di dalam kad itu adalah tarikh mereka berdua bercuti .. Sekali lagi isterinya percaya ...

2 bulan berikutnya , Ahmad melakukan sekali lagi ... Kali ini , isterinya yang menerima kad itu dengan tenang memberitahu suaminya di mana ada orang cuba menfitnah suaminya itu lagi .. Ahmad tersenyum .. Diajak isterinya itu pergi bercuti lagi tetapi kali ni isterinya tak nak .. mengatakan bahawa percutian yang sebelum ini pun belum habis bayar hutang lagi .. Lalu dia beritahu pada Ahmad , kalau dia nak pegi bercuti , maka pergi lah ...

Si jiran datang membawa mulut pun ada beritahu mengenai kad kawin itu , lalu isteri Ahmad dengan tenang memberitahu bahawa , dulu pun ada orang cuba fitnah mereka ... Cuma kali ni isteri ahmad tidak percaya langung katakanya itu ...

Ahmad yang benar benar ingin percuti itu dah tempat percutian tersebut ...tetapi kali ni , dia benar benar pergi bernikah dan terus bercuti !!
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Huhu..rasa berbaloi sungguh beli dvd siri 24 musim ke 7 .. penuh giler dengan aksi.. Takde slow slow de macam cerita drama polis malaysia ni ... huhuhu

Penuh dengan konflik, konpirasi dalaman yang mana satu musuh dan yang mana satu kawan ... perghhh.... Jack Bauers yang senantiasa dipersalahkan walaupun dia berada di pihak yang benar... Ermm.. cam aku pulak kan..hahahahah ....

Asyik sangat cerita ni , sampai skang aku tak makan lagi.. hanya telan biskut oats je ..huhuh .. ni berenti pun sebab nak solat ..hehehe ... ok ..nak g sambung dah ... kang kul 5 , nak kena g amik mem lak ..pastu g pasar malam putrajaya ... adehh...ermm....nak cari ayam golek... huhu

Ada satu lagi siri yang tak tengok ni ....NCIS LA ..lakonan LL COOL J ngan Chris O' Donell ... dulu mamat ni berlakon cita batman .. yang jadi robin tu haaa... tak tau bila lak nak layan citer tu ..huhu..ada lagi....1 cerita nak layan ..ahaks..
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Hari ni aku nak berkongsi gambar aku pelbagai rupa semasa waktu dating atau bertugas..hehehe...asik berleter je kan dalam blog ..so ari ni ringan skit la ..

Gambar ni diambil di perkarangan masjid putrajaya...dok hangat bercinta masa ni...dating je kat masjid..hahaha..
ni aku geram sangat sbb dia tak bagi aku petik strawberi...kejadian ini berlaku ketika honeymoon di cameron highland..huhu
Setelah dibenarkan memetik strawberi ..aku nak lebeh dari tu..makan semua sayuran yang ada disitu...tak nak bayar !!! aku nak freee jeeeeRasanya ni pada tahun 2008..dok main game bodoh dalam fn tu...perghh
Ini masa aku kat Pangkor..sementara menanti bot..aku bergambar kenangan dengan ikan mahupun bot bot nelayan yang dah terdampar di jeti itu..

Ha...ni pun zaman hangat bercinta...burung merak tu tak berani hampir dengan aku sebab aku mengeluarkan aura harimau berantai !!

Ni pun masa zaman hangat bercinta...rindu punya pasal..dapat peluk tiang pun jadi laaa
Sekali lagi zaman hangat bercintan..bukan leina hangat yer...
Ni kawan satu opis aku...pegawai imigresen ...kalau g hari bertemu pelanggan , sahih aku ngan dia..dia ni pun ada darah tinggi...kalau dia malas nak jaga , dia bantai minum nescafe...last last aku jaga..hahaha..tapi dia tak berani buat !!! aku repot kat miss lai nanti..hahahaah..acah je..dia ok banget orangnya..single..ada berminat ?
Ni la awek aku kat opis...satu satunya kekasih hati yang tak pernah marah atau membebel apa saja yang aku buat...susah nak dapat awek cam ni...

Kalau aku g outstation...2 tempat akan aku usha dulu...pertama ...ada tak gym..kedua kolam renang...sungguh pun aku tak reti berenang , aku akan tetap terjun kemudian lepak kat tepian..lalalalalaNi pun geng aku satu opis ..skang dia dah tukar ke putrajaya...aku panggil dia adi..heheh..mr.protokol....masa ni dok tunggu flight ke MIRI..lambat la plak..
Ni kat melaka...bertugas kat melaka..hehehe...aku ngan azrul lagi..aku kata dahh..
Bergaya depan pintu bilik yang tak cantik..aku amik pic ni sebab nak ingat no pintu bilik..aku ni pelupa

Haaa...ni la kenangan aku...ada lagi..tapi tu nanti la..hehehe.takkan nak taruk semua kann.. ;)
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Aku ngan Kong ( pemilik GengBlogger.com ) merancang nak buat perjumpaan kali pertama semua blogger blogger yang berdaftar di bawah komuniti blogger Melayu terbesar di Malaysia ni ..

Tempat yang aku cadangkan ialah di AGROTEK GARDEN RESORT di Hulu Langat , Batu 14 , Cheras .. Masa belum dapat ditentukan kerana jika mendapat sokongan ramai dari blogger blogger GB ni , kitaorg akan usahakan lebih awal ...

Menurut yang pernah pergi ke sana , tempat tu mmg sesuai untuk dijadikan port perjumpaan... Kita boleh juga buat permainan ... dalam erti kata lain , ada la aktivitinya ... Kemudahan calet juga disediakan .. Cadangan mungkin nak menginap semalam di sana .. tu pun kalau ada yang nak .. Bagi aku , lebih baik menginap semalam di sana untuk kita dapat adakan BBQ di sebelah malam ... hehehe...

Setahu aku ada lebih 100 buah calet yang disediakan ..Blogger yang berminat nak join akan dikenakan bayaran terlebih dahulu .. ini untuk bayaran menyewa tempat dan makanan .. Jgn risau , kitorang tak buat keuntungan dari situ .. Tujuan semua ini adalah untuk merapatkan talian persaudaraan di kalangan blogger GB ..

Tawaran ini juga sebenarnya aku buka untuk semua kawan kawan FACEBOOK .. Pada yang berminat boleh beritahu awal awal ... Dan KONG akan menyediakan borang secara online , bila tiba masanya ....

Jika ada sebarang cadangan , sila kemukakan ... untuk melihat tempat yang dikatakan itu , sila klik sini >> AGROTEK GARDEN RESORT
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Lepas gym tadi, aku terus balik rumah mak aku...Kira kira dalam kul 7 petang gitu..Sampai je rumah , aku coolkan dulu badan sambil mengtranfer gmbar gambar yang aku ambil ..erk..member aku amikkan kat gym tadi...

Seperti biasa lepas settle semua kerja aku tu , aku keluar dari rumah mak aku dalam kul 8 malam gitu.. G ke hentian bas yang berdekatan ngan umah mak aku tu untuk ke stsn LRT...tunggu punya tunggu.. aku tengok jam dah kul 815....tiba tiba sms masuk .. dari wife aku ...aiseyman ..dia dah sampai kat KLIA...huh..nasib baik dia kata nak solat dulu .... aku ada masa lagi la ni...

Aku perlu dapatkan ERL jam 8.45 malam ...kalau aku terlepas , aku kena tunggu lagi setengah jam... bukan aku je...wife aku pun sah sah kena tunggu.. Kitorang berjanji nak jumpa je kat stsn ERL Putrajaya jer..

Tak lama kemudian , teksi sampai...terus ke stsn LRT...jam ...820....huh...sempat ke neh....Bergerak LRT tu ke Bandar Tasik Selatan... kira kira jam 835... waa...aku ada 10 minit lagi niii... Aku , dengan beg sandang di belakang, di tangan beg pakaian hampir seberat 15kg yang penuh dengan baju baju terpakai dan juga baru termasuk juga kasut kerja....wa wa wa...aku menggengam erat tali beg pakaian tu...dengan pantas aku berjalan... tak tau la ala model atau ala Charlie chaplin..terkengkang kengkang gitu..hahaha..Dari Stsn LRT ke Stsn ERL , biasanya mengambil masa 5 minit untuk sampai ... kira kira hampir 800 - 1000 meter gitu.. kira berpeluh ketiak gak la berjalan tu...

Aku perhatikan dari jauh papan elektronik masa ...Huh... Aku nampak kedudukan di papan elektronik tu hanya satu digit... aku memecut laju..membayangkan aku ialah Micheal Schumacher... memotong kiri dan kanan orang... menuruni tangga dengan pantas .. Beg di tangan silih berganti kedudukannya... jap tangan kanan jap tangan kiri. ..

Sampai di kaunter... staff bertugas tak de lak kat situ... g masuk dalam kot...manakala ada pelanggan di situ... Aku tengok papan elektronik... 1 MINIT ...erkk... aku tengok mesin automatik...duit kecik didalam poket..ada syiling..boleh nii !! Aku terus ke mesin ..masukkan duit...keluar tiket...

0 MINIT !! Bermakna ERL dah dekat ...bila bila masa je leh sampai di stsn utama.. Nak lari ke tak ni ?? Berat giler ni...Aku tengok ramai lari ...Huh.. penat g gym pun tak ilang lagi ni.. Dah la tu ..makan pun cuma pagi tadi..Bihun sup je !! Tu je tenaga aku sepanjang ari ni ... Ok la...cuba nasib ... Nasib baik pakai sandal ... Aku berlari tanpa tengok kiri kanan dah ...

Aku dengar ERL dah sampai dan bereenti... Ada satu mamat ni dah tercungap cungap ..lalu berenti..aku potong dia..aku terus berlari ..hua hua hua... aku terdengar pintu dibuka... aku dah berada di tangga ...tinggi wooo tangga dia ... nasib baik aku guna ekslator..hehe...bijak tul anak ASHAARI nih...

Sampai depan pintu !! Aku masuk je pintu terus tertutup ... Peluh menitis nitis di dahi , pipi , hidung dan ada gak yang sempat singgah kat kaca mata aku ... Arghhhh... Tercungap gak ar..Aku tengok orang pandang aku ..huhu..lantak korang laaa... janji aku sempat naik ..hahaha ...banyak kerusi kosong ...kat sebelah stewardess MAS pun ada ni ...hahahha..jgn cari pasal ..nanti kena cubit ...hahahhah

Aku cari kerusi single..ada pun ha... terus duduk tersandar ... hahaha...keluarkan hp aku..bagitau kat wife aku yang aku dah naik... dia pun kata dah berada di stsn ERL KLIA..tunggu nak gerak jer... Sampai kat ERL Putrajaya akhirnya aku ...huhu ...

Haaa...ni la dia ...beg ni beroda ..tapi aku tak suka nak guna roda dia .... rasa cam pemalas walaupun sebenarnya orang bijak akan gunakan roda tu..hahahah ..aku suka gitu sebab leh eksesais skit bahagian lengan tangan tu ... Alasan baik punyaaa...

10 minit kemudian , wife aku lak sampai. ..huhu....amik teksi..terus balik ke rumah... letak beg...g cari makan ...huhu... aku bedal bihun tomyam ngan mee goreng ayam..hehe..kongsi laaaa
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes